...kerana pengorbananmu melahirkanku pada jam 5.45 pagi tanggal 13 Februari 1972
kata-kataku tidak layak menggambarkan rasa syukurku padamu
tiada perbuatan juga yang dapat membalas jasamu
aku hanya bisa mendoakanmu dari kejauhan
semoga segala dosamu diampunkan
segala amalanmu diterima
ibu sihat sentiasa
bahagia selalu
terus doakanku
jadi anak solehah
yang sentiasa ingat
untuk doa buatmu
kembali
Amin!
9 comments:
Heyyyyyyyyyy.... Happy Birtdayyyyyyy!!
Mwah mwahhhh
hai madam... nie student d1s1"happy belated bithday" dr ina n hana... peoem madam touching la...
Selamat Hari Ulang Tahun. Lewat 3 hari dah ni! :)
Eh, banyak beza tahun Shima dgn saya. Tak apa ke, tak panggil Kak Shima?
salam kak shima :)
hepi besday ya..
all the best utk akak.
paling penting, moga cepat abih tesis phd :)
Normi,
Terima kasih! Entah bila kita nak bersua,ya?
Ina dan Hana,
Terima kasih! Kenapa tulis campur bahasa? (Bukankah saya dah pesan?)
Nota: Untuk pelajar saya, saya tegas dengan penggunaan bahasa mereka,iaitu guna bahasa Inggeris sahaja, kecuali di blog ini mereka harus tulis bahasa Melayu sepenuhnya pula. Tidak boleh dicampuraduk.
SitiNur,
Tak ada masalah. Saya andaikan saya tidak 'tua' di mata SitiNur walau banyak beza umurnya. (Em..perasan sikit)
Kaklong Syikin,
Terima kasih. Pelik pula rasanya nak panggil 'Kaklong Syikin' bila dipanggil Kak Shima juga.
Doa yang amat diperlukan!
Bila dah jadi ibu, baru terasa betapa sukarnya melahirkan dan membesarkan anak. Pengalaman yang pasti tidak boleh dilupakan dan tidak dapat diumpamakan dengan pengalaman yang lain.
p/s: jangan lupa lirik lagu koir untuk tahun depan. Kali nih, mesti menang lagi. :)
salamat hari jadi....Moga sentiasa dilindung rahmatNya...Balkish (Welly)
Zana,
Kita sering seronok menerima ucap selamat pada hari kita dilahirkan tetapi sebenarnya tanpa ibu kita yang melahirkan (dengan izin Allah) semua ucapan selamat itu tidak akan sampai kepada kita.
Lirik koir? Lama lagi, Insya Allah ada umur akan tercipta lagi.
Balkish,
Terima kasih. Seronok nampaknya di Welly. Peluk cium untuk Sofea, Adam dan Aidid!
Assalamualaikum warahmatullah,
Shima,
Maaf...terlewat mengucapkan...
Selamat Hari Lahir!
Kita lat 2 hari, ya?
Ya! Tanpa ibu ayah...siapalah diri kita ini..
Cepat-cepat habiskan Ph.D, boleh mula tulis jibunsyi dan dedikasikan kepada ibu ayah tercinta itu, ya?
Moga ceria selalu! Dan pengajian ijazah kedoktoran dapat disempurnakan dengan laju..
Yang paling penting...Moga Allah berkati segala usahamu...Amin.
Post a Comment