Tahun lalu saya menulis entri Jejak Kasih cara Google di sini.
Saya juga menulis bagaimana blog saya menemukan beberapa rakan antara benua di sini melalui tugasan pengucapan awam saya semasa PTK.
Sepanjang minggu lalu, saya alami jejak kasih melalui ‘Facebook’.
Walaupun telah mendaftar sebulan yang lalu, saya tidak berkesempatan meneroka ‘Facebook’. Apa yang saya alami, dalam tempoh 2 minggu sahaja, saya telah berhubung
semula dengan teman lama dan tidak ketinggalan saudara mara sendiri di sini. Dalam masa yang singkat, 13 ahli keluarga saya,terdiri 3 generasi,iaitu bapa saudara, emak saudara, sepupu dan anak saudara telah dihubungkan melalui ‘Facebook’. 40 orang lagi terdiri dari seorang kawan sekolah,seorang kawan semasa pertukaran pelajar,seorang kawan blogger, dua orang rakan penterjemah, dan selebihnya kawan semasa di PPP/ITM dan juga kawan sekursus TESL sejak di PPP/ITM dan juga di UKM dan juga kawan berlainan kursus di UKM.
Gembira dapat bertemu semula walau sekadar di alam maya. Di sini, memandangkan akses lebih melalui jemputan, kami saling meletakkan gambar sendiri dan keluarga masing-masing. Itulah teknologi terkini. Namun, pertemuan di alam maya dapat disusuli dengan pertemuan di alam nyata kerana mudahnya menjejak di mana seseorang itu akan pergi.
Semoga siratulrahim dapat dieratkan lagi. Terkini jumlah rakan Facebook saya ialah 53 orang dan saya yakin akan bertambah lagi.
6 comments:
Nazhatulshima,
Sungguh mengesankan 'Pertemuan di alam maya'. tentu boleh diterjemahkan ke dalam bentuk puisi yang indah.
uitm ke?msih lagi ke? hurm exchange link nk?
xde shoutbox ke
guarantee tambah punya!
Salam puisi, puan!
ahaha puan pun layan face book.. ahah boleh cakap dengan puan dalam bahasa melayu.. :-p
Pak Alang,
Puisi masih belum terbentuk. Akan tiba juga masanya nanti. Seronok melihat Pak Alang telah mula berblog kini.
Pacak UiTM,
Siapa ya? Tidak dapat tembusi profile melalui link di sini.
Normi,
Memang bertambah tapi sekarang tak sempat nak peruntukkan masa.
Mya Marja,
Puisi dalam bentuk berbeza kini...
Amirezka,
Facebook sekadar penghubung rakan dan keluarga dan mengikuti perkembangan mereka
Maaf semua, lewat sungguh membalas komen. Lihat saja entri selepas ini.
Post a Comment