Niat asal saya ingin menjamu warga kolej Baiduri mengikut ‘wing’ di rumah saya semasa majlis bacaan Yaasin mingguan, pada malam Jumaat, diadakan secara bergilir, menurut kesempatan saya menyediakan makanan untuk mereka. Tujuannya untuk lebih mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Ada 11 ‘wing’ kesemuanya dan pelajar berjumlah kurang lebih 500 orang. Tambahan pula saya baru berpindah ke rumah aras bawah pada akhir bulan Jun lepas.
Sepupu saya, Rafikah pula berniat untuk menjamu rakan Mutiara, anaknya yang baru mendaftar bahagian 1 diploma Perakaunan di kampus ini yang menghuni di ‘wing A’ Kolej Baiduri. Jumlahnya kurang lebih 40 orang.
Niat dikhabarkan pada Ahad malam,13 Julai sebelum kami balik ke Segamat selepas menghadiri kenduri arwah di Batu Pahat. Kami berbincang dan akhirnya sepupu saya mencadangkan jamuan diadakan untuk semua warga Baiduri, makanan di atas tajaannya manakala saya perlu menyediakan airnya serta menguruskan jemputan dan beberapa persiapan lain.
Saya hanya ada 4 hari untuk buat persiapan.
Selain penghuni Baiduri, saya juga menjemput Pengarah, Timbalan Pengarah HEA ,Timbalan Pengarah HEP, semua Pegawai Pembangunan Pelajar, Unit Pengurusan Kolej, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar, rakan sejabatan dan beberapa staf UiTM berserta keluarga mereka. Jemputan dijangka seramai 400 orang.
Majlis ini saya namakan Majlis Bacaan Yaasin, Doa Selamat & Tahlil serta Jamuan disempurnakan di dalam rumah saya dan di sekitar perkarangan Kolej Baiduri bermula pada waktu Maghrib,19 Julai 2008. Jemputan perempuan berjemaah Magrib di rumah diikuti dengan bacaan yaasin, doa , tahlil sehingga ke Isyak manakala jemputan lelaki pula di Masjid As-Syakirin dan selepas Isyak beransur ke Baiduri untuk tahlil ringkas dan diikuti dengan jamuan.
Solat Maghrib, bacaan Yaasin, tahlil, doa dan Isyak diimamkan oleh kakak sulung Adib, Adibah.
Di antara hajat yang disertakan ialah supaya dipermudahkan pengajian Phd saya, kejayaan cemerlang untuk pengajian ijazah sarjanamuda Adib ( tahun terakhirnya), pengajian diploma Mutiara Mazlan yang baru memulakan pengajiannya,anak-anak,Afiqah dan Arif dan tidak ketinggalan semua penghuni kolej Baiduri.
Selain doakan kejayaan akademik, saya juga mohon dipelihara keselamatan dan kesihatan, dijauhkan segala malapetaka dan perbuatan maksiat.
Tahlil arwah pula dikirimkan ke roh Almarhum
bapa mertua saya, Ismail @ Daud bin Mahadi
bapa saudara saya, Tan Sri Dato’ Hj Redzuan bin Salim
datuk saya, Ungku Abdullah Ungku Daud
serta roh Almarhumah
nenek ,Ungku Hawa Ungku Osman
nenek saudara, Ungku Aishah Ungku Osman
Menyebut nama mereka membuatkan saya terimbau kenangan bersama-sama mereka, terutama sekali nenek saudara saya, Ungku Aishah yang tinggal bersama-sama saya semasa hayatnya. Kisah mereka perlu ditulis di entri berasingan.
Berbalik ke kisah majlis tadi, selesai solat,doa dan tahlil,tetamu dijamu beriani kambing dan ayam terhidang di dalam dulang bulat untuk dimakan bersama-sama seramai 4 atau 5 orang. Tukang masak didatangkan khas dari Batu Pahat.
Makan di dalam dulang bukanlah sesuatu yang asing bagi saya walau terdapat jemputan yang baru pertama kali merasai suasana begini. Duduk bersila di lantai, tiada jurang di antara jemputan. Makanan yang sama, tiada meja khas, tiada protokol, tetamu kelihatan mesra sambil menikmati hidangan lazat yang ditambah sehingga beberapa kali. Meriah !
Paling teruja apabila ada pelajar bersuara yang datang pada waktu makan bersuara, “ Kalau makan macam ini selalu Puan, boleh dapat DL (Dean’s List) atau Anugerah Dekan setiap semester.”
Sambil bergurau saya menjawab,”Kalau nak dapat DL perlu juga hadir semasa solat dan doa tadi.”
Tidak ramai pelajar turun sewaktu solat,doa dan tahlil. Saya pula tidak memaksa mereka untuk turut hadir dan kebanyakan mereka pula mengambil kesempatan untuk balik ke rumah masing-masing pada hujung minggu.
Pun begitu, akhirnya hidangan lazat nampaknya tidak sukar untuk dihabiskan apabila pengumumam di buat ke beberapa kolej berhampiran untuk menikmati makanan percuma.
Semua para jemputan menyatakan kelazatan hidangan dan kebanyakan mereka dapat membawa pulang sebungkus lagi.
Alhamdulilah, majlis berjalan lancar dan saya juga doakan rezeki sepupu saya itu dimurahkan dan segala hajat kami termakbul. Amin.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir, terutama sekali Tuan Pengarah, Prof Muhd Kamil yang mempunyai jadual yang begitu padat (beliau baru sahaja kembali dari Johor Bahru dan beberapa tempat lain) tetapi masih berkesempatan hadir bersama-sama keluarganya. Nampaknya sudah ada tempahan darinya untuk majlis buka puasa nanti. Nantikan...
8 comments:
Dengar cerita sedap sehingga menjilat dulang. Ruginya tak dapat merasa, saya malam tu ada modul di LT. =(
Pada waktu yang sama..kami berdua telah mengatakan kepada semua tetamu yang hadir bahawa kami sedang berpuasa pada malam itu..akan tetapi..setelah melihat ramai pelajar dari blok lain menyerbu blok baiduri dan berkerumun di kawasan pengagihan makanan, kami pun dengan segera mengambil sedulang nasi baryani kerana takut kehabisan makanan..hahaha!dan akhirnya..hanya kami berdua yang makan dalam 1 dulang itu sambil disaksikan oleh saudara mara yang datang dari jauh..walaupun kuantiti makanan yang kami ambil itu terlalu banyak, namun..kami berjaya menghabiskan nasi baryani itu dengan licin..betapa laparnya kami pada waktu itu..heheheeheee..
alhamdulilah..
saya juga berasa bangga kerana kami telah berkongsi pengalaman bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang bukan berasal dari negeri Johor tentang adat makan beramai-ramai dalam 1 dulang..
Nak cari nasi baryani paling sedap,mai la dtg ke BATU PAHAT..hehehe!!
Fairul Azri,
Memang sungguh bagai dikata. Rugi siapa yang tak hadir. Ramai juga yang saya jemoput tidak dapat hadirkan diri. Tapi jangan risau bulan Ramadan nanti akan dijemput lagi dan akan dibuat di masjid As-Syakirin sewaktu berbuka puasa. Tunggu...
Sebenarnya saya jemput juga peserta modul dan saya masih terima tetamu sehingga jam 11 malam.
Tiara,
Pecahlah rahsia kita makan satu dulang berdua. Tapi kita tak tambah, orang yang makan 4 atau 5 orang sedulang tambah paling kurang 2 kali dan ada juga yang 3 kali.
Dengar cerita ada tetamu yang teringat-ingat dan nak lagi...
Assalamualaikum warahmatullah,
Cerita mengenai makan dalam dulang mengingatkan saya pada saat-saat saya remaja di UK lewat 70'an dan awal 80'an.
Mengikuti usrah dan kalau ada program tamrin bermalam kawasan utara atau tengah Britain, begitulah cara kami para pelajar menjamu selera ketika makan tengahari atau malam. Selain merapatkan ukhuwah dan bermesra-mesraan, dapat jimat kegunaan pinggan mangkuk!
Bagaimana dengan pengajian? Moga Allah permudahkan dan lekas selesainya...Amin..
Wasalam..
saya pun rugi kerana xhdir malam 2..
saya terpaksa balik kerana ada hal yang x dapat dielakkn..harap masa bulan puasa nanti makanan akan lebih sedap..hehehe
Puan Nazhatulshima,
Didoakan semuanya mendapat keberkataan dan segala doa sampai kepada yang dituju, Insya Allah.
Saya tidak tahu Puan dan keluarga datang ke KB. Jika datang lain kali, sudilah hubungi saya (Puan dah tahu emel saya).
Saya tak menulis blog lagi,tetapi kerja menulis tetap dilakukan.
Wassalam.
DARMA MOHAMMAD
Pasir Mas, Kelantan.
wah!!! cam sedap jerk makan nasi dulang!! huhu... mesti meriah.. nasi dulang begitu sinonim dikalangan darah jawa bukan itu saja. ia juga sudah dikenali ramai tentang tentang nasi dulang atau lebih dikenali ambeng.. huhu.. tapi harus diingat nasi dulang bukan bermaksuh kene makan dulang oatau talam.. nasinya dilambakkan diatas dulang lalu disantap ramai-ramai.. tapi kalau nak makan dengan dulang nya sekali pun tak kisah.. gigih patah jawab lah sendiri.. huhuhu..
hurm.. moga2 puan punye rezki melimpah luah lahh kan..
yang sedihnye saye x dpat makan nasi dulang!!!
wek..!!! huhuhu.. :-p
tak pernah cuba...satu hari akan cuba makan di dullang..macam seronok je kan
Post a Comment