Friday, October 31, 2008

10 Minggu

Syawal telah pun melabuhkan tirainya.
Oktober jua bakal berakhir sebentar lagi.
Ampun maaf tiada ucapan di hari lebaran.
Menyepi seribu bahasa

Kesayuan meninggalkan Ramadan disambut kegirangan berita yang dinanti-nantikan.

Di atas pelbagai alasan, kedatangannya 'ditangguh' sejak sekian lama.
Sebaik sahaja 'halangan' dibuka semula 'rancangan' dijalankan...

naluri berkata terciptalah hendaknya
naluri berkata jadilah ia
Alhamdulilah...
Yang Maha Berkuasa
memperkenankan kehendak insan
yang hanya mampu merancang

rasa terkilan menjelma jua kerana
menangguh terlalu lama


kini
usiamu kurang lebih
10 minggu
Syukur Alhamdulilah!

5 comments:

Anonymous said...

Salam Shima,
Rindunya! Lama betul menyepi.

Ehem, 10 minggu? Bakal menyambut ahli barukah? Kalau betul, tahniah!!! Jaga kesihatan, ya.

Anonymous said...

Salam,
Madam...Pregnant??=) congratulation!!!

Anonymous said...

Salam,
Madam...Pregnant??=) congratulation!!!

fatmah said...

Puan,r u trying to say that u r goin to hv additional family members soon. M happy for you...take care!

Nazhatulshima N said...

Terima kasih semua. Alhamdulilah,yang ketiga bakal dilahirkan pertengahan tahun hadapan.