Sekarang saya mempunyai masalah berat badan berlebihan yang paling berat di sepanjang umur hidup saya. Tidak pernah saya seberat ini walaupun ketika hamil. Sewaktu mengandung anak ketiga, saya akui saya banyak dinasihati doktor untuk tidak bergerak banyak untuk mengelakkan pendarahan berlaku. Akibatnya, setelah anak saya keluar, saya hanya kehilangan 3 kilo.
Berat ideal saya adalah di zaman saya di sekolah menengah. Sejak darjah 6 sehingga Tingkatan 4, saya merupakan pemain bola jaring sekolah. Latihan diadakan setiap minggu. Saya juga aktif berkawad dan menunggang basikal ke sekolah setiap hari selama 30 minit pergi balik sekolah kebangsaan dan 20 minit pergi balik sekolah agama.
Sewaktu di universiti, saya kurang aktif bersukan tetapi aktiviti beralih kepada seni silat dan juga kelab ‘hiking ‘ dan ‘camping’ yang masih memerlukan latihan untuk memanjat gunung dan berjogging selalu sebagai persediaan mendaki gunung.
Setelah berkahwin dan melahirkan anak pertama,berat semakin meningkat tetapi saya sering mengikuti kelas aerobik dan juga berenang dan masih lagi berada dalam tahap berat badan ideal.
Apabila mengandungkan anak kedua, berat badan meningkat lagi dan walaupun ada pendapat mengatakan menyusukan anak sepenuhnya dapat mengurangkan berat badan, ia tidak berlaku kepada saya. 4 tahun saya menyusukannya sepenuhnya tetapi berat badan saya tetap bertambah.
Saya sedari sejak berpindah ke Segamat, saya tidak memasukkan rutin bersenam dalam kehidupan seharian saya. Kehidupan seharian hanyalah ke kelas, ke pejabat dan kembali ke rumah dan kadangkala berkejar semula untuk mengikuti aktiviti pelajar di sebelah malam. Jadual yang padat dijadikan alasan.
Masalah saya yang paling besar ialah suami saya tidak kisah dengan keadaan saya yang semakin membesar. Seringkali apabila saya menyatakan kerisauan, dia akan membalas bahawa dia tidak pernah mengadu atau merungut dan mengatakan asal saya sihat sudah mencukupi baginya. Namun ahli keluarga saya sangat pentingkan penampilan. Setiap kali saya bertemu mereka, komen yang pertama mereka kepada saya ialah tentang bertambahnya saiz badan saya dan saya perlu buat sesuatu dan suami pula selalu mempertahankan saya dengan mengatakan dia hanya mengharapkan saya sihat sudah mencukupi.
Kini,berat badan saya di tahap berlebihan dan risiko gangguan kesihatan menyedarkan saya untuk mengawal keadaan ini. Saya telah memulakan rutin berjalan kaki sekeliling kawasan kampus serta mengawal diet saya.
Doakanlah saya kuat semangat untuk berusaha kembali ke berat badan yang ideal bagi ketinggian saya demi kesihatan.
7 comments:
I agree dengan comment dari family members berat badan berlebihan...hahaha
Aby,
Ayat yang mengelirukan. Aby ktegori famili yang beri komen atau kena komen atau kedua-duanya sekali? Ha...ha...Atau setuju yang famili kita macam tu?
salam....I had the same problem after I delivered my babies...my body became chubbier and plumpier and that made me scared. I could not do things I like and wear fashionable dresses and clothes. This year, I changed my diets after I read about actresses who did not touch rice as their main menu. I tried my very best. Initially, I could not stand it but when I looked at my old clothes,It changed my mind. I proceeded my new diet and alhamdulillah, I gained my ideal weight. Do it slowly and you must believe in yourself that u can do it.
Terima kasih Anonymous di atas perkongsian maklumat. Insya Allah,usaha keras apabila melihat gambar dan baju lama yang tidak dapat dipakai lagi.
Boleh kongsi lagi apa yang dilakukan melalui emel saya alinazsh@yahoo.com untuk mencapai berat badan ideal?
Terima kasih dahuluan.
Semoga jaya!
Meh datang Jepun. Tak diet pun jadi kurus. Hari-hari kayuh basikal, jalan kaki, panjat tangga. ;)
Anyway, I miss my jog...
SitiNur,
Saya jadi ketagih berjalan laju kini. Setiap hari kurang lebih 45 minit berjalan laju, 2 pusingan keliling kampus,selepas Subuh dan Asar setiap. Beberapa kilo telah berjaya diturunkan berserta kawalan diet. Teruja untuk turun lebih lagi. Masih belum capai berat ideal.
Post a Comment