Kes Satu
Jam menunjukkan beberapa minit ke 12 malam, 2 malam yang lalu.
“Puan,saya ada kes kecemasan. Saya perlu balik malam ini juga,“ tutur seorang siswi dengan raut wajah berkerut cemas dan mata sayu sedih di hadapan pintu rumah saya.
“Sekarang? Kenapa?” soal saya.
“Ibu saya telefon dan saya perlu balik sekarang. Hal peribadi.”
“Kenapa? Boleh cerita pada saya?”
Dia tidak menjawab soalan saya tetapi menerangkan bahawa dia tidak akan memandu seorang diri tetapi ditemani kawan.
“Boleh telefon ibu sekarang?” saya mahu bercakap dengannya.
“Sekarang?” sedikit terkejut riak wajahnya.
“Tolong dialkan saya nak cakap sekejap.”
Siswi tersebut tergesa-gesa berlalu pergi dan menyatakan dia perlu mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.
Beberapa minit saya menunggu sambil pintu terbuka.
Saya tutup semula pintu dan siswi tersebut tidak kembali lagi dengan telefon bimbitnya.
Ah,mengapa ya?
Kes Dua
Beberapa semester lalu. Tengah malam.
“Puan,saya ada kes kecemasan dan perlu balik sekarang juga.”
“Sekarang juga? Esok pagi tak boleh? Balik mana? Dengan siapa?” bertubi-tubi soalan saya.
“Ayah saya minta saya balik segera. Ke KL. Ada 2 orang lagi kawan yang ikut.”
“Saya bimbang beri kebenaran keluar malam,semua perempuan pula.”
“Nanti abang sepupu saya akan pandu kereta.”
“Telefon ayah awak sekarang. Saya perlu bercakap dengannya.”
Siswi tersebut pantas mendail dan menerangkan kepada penerima yang saya ingin bicara dengannya.
“Siapa nama ayah awak?”
“Asdfgh bin jklmn”(Nama sebenar tidak saya ingat)
“Encik...,maaflah saya ingin dapatkan kepastian,betul Encik....benarkan ......balik ke KL sekarang?”
“Ya, betul. Memang saya yang suruh dia balik malam ini juga.”jawab ayah siswi.
“Bukan apa, saya risau kerana dah tengah malam ,akan memandu di Jalan Tangkak yang berselekoh pula,”saya menyuarakan rasa bimbang.
“Terima kasih telefon tetapi memang saya perlukan dia balik.”
Butiran siswi diambil dan borang kecemasan keluar malam diisi dan pelajar dibenarkan keluar dengan izin bapanya.
Loceng pintu berbunyi di tengah malam atau awal pagi adalah perkara biasa bagi Pegawai Pembangunan Pelajar.Kebiasaannya ada dua kemungkinan yang tidak sukar ditelah.
Pertama,kecemasan kerana sakit.
Demam.Sesak nafas. Sakit dada. Pengsan.Jatuh. Dan lain-lain.
Kedua,kecemasan kerana perlu keluar daripada kampus di malam hari.
Masalah keluarga. Peribadi.Kenduri. Kenduri kahwin. Ahli keluarga.Nenek kahwin(jangan ketawa,benar-benar berlaku). Ambil kawan di stesen keretapi. Pergi ke stesen keretapi. Tiada tiket siang. Ibubapa suruh balik. Temujanji dengan doktor gigi. Senarainya berterusan.
Dalam kedua-dua kes pula terbahagi lagi kepada kes tulin dan kes lakonan.
Setelah hampir 12 semester sebagai PPP,membezakan kes tulin dan lakonan semakin mudah.Beberapa soalan perangkap ,kes kecemasan boleh berubah bentuk.
Pun begitu, dalam kes kecemasan sakit,soalan dan pemeriksaan yang lebih teliti diperlukan untuk pastikan kes tulin atau lakonan. Soal yang boleh dikaitkan antara hidup dan mati. Tidak semudah soal siasat biasa. Dalam kes kecemasan sakit lakonan,hanya dapat dipastikan apabila telah sampai ke hospital dan diperiksa doktor.
5 comments:
Ermmm..kes kecemasan katanya.
Janganlah dibuat-buat hendaknya. Kalau betul-betul berlaku, padah dan menyesal pula jadinya. Lagi-lagilah kalau melibatkan hal keluarga.
Sekurang-kurang sebagai PPP saudari telah bertindak sewajarnya. Semoga terus tabah menjalankan tugas.
I know what you mean...jd PPP for less than 2 years pun ada mcm2 kes. Tp yg bestnya part yg lakonan tu lah ;-)
Tu tak termasuk surat layang lg..he..he..he. Not about me, but them reporting on their friends's 'activities' ;-(
salam...
kak shima, takut juga boyfriend pun boleh berlakon jadi bapa...
isskkk....
n!zam@rjuna,
Jiwa remaja kadangkala lebih fikirkan rasa dari akibatnya. Berurusan dengan mereka bagaikan menarik rambut dalam tepung.
Terima kasih mendoakan ketabahan saya.
Nor Fadzlina,
Masa mula-mula jadi PPP,saya cepat tertipu tetapi lama-lama,skrip dalam tangan. Surat layang tak ada lagi tapi saya memang galakkan mereka tulis surat kalau susah sangat nak cerita. Kebanyakan memilih bercerita secara bersemuka.
Che Da,
Ada soalan perangkap lain untuk pastikan kebenaran skrip mereka. Tidak boleh cerita di sini. Jadi soalan bocor pula nanti.
Heheh... ya sukar menjadi PPP mentelah lagi dengan siswi zaman sekarang ini.
Saya dahulu tinggal di B232 selama 3 tahun.
Betapa saya sangat rindukan saat-saat di Segamat, apatah lagi di Kolej Baiduri.
Strolling pagi atau petang bersama teman-teman. Duduk di dataran. Petang ke gerai makan berdekatan dengan Kolej SR (tidak pasti masih ada gerai-gerai makan di situ), paling saya suka kueyteow sup dan pisang goreng cicah cili kicap.
Mmm saya sudah lupa siapa RS saya kala itu..
Post a Comment