Pertama kali karya ini dihayati melalui majalah Aniqah setiap bulan. Novel ini ada kelainan dari karya Nisah yang pernah saya tatapi. Ada tarikan tersendiri lalu apabila saya diminta untuk memberikan sedikit ulasan, saya dapat menulisnya dengan segera sebagai pembaca yang puas menikmati bahan dan bahasa yang diutarakan dalam novel sahabat saya ini. Berikut adalah nukilan ringkas dari saya yang tertera di novelnya.
Lentera Mustika, sinonim dengan maksudnya, memberi pencerahan yang amat berharga dan begitu indah sekali. Elemen pantun yang segar jadi tarikan utama,sarat dengan ilmu dan budaya alam Melayu; menyerlahkan jati diri Ainur Mustika, berlatarkan dunia kesarjanaannya, bersulamkan isu hak cipta dan kisah cintanya, semuanya memberi kepuasan dan mempamerkan idealisme wanita moden berpendidikan tinggi Muslimah Melayu. Novel yang perlu dihayati sebagai salah satu cara memugar erti diri!
Nazhatulshima Nolan
Pensyarah Bahasa Inggeris,UiTM Johor
(Gambar dari blog Nisah)
Dapatkannya segera di sini.
Kini saya sedang mengulang baca sambil menyimpan hasrat novel saya pula terlahir segera.
4 comments:
madam... u also do writing eyh? madam, same la madam... same. Hehe.. which publisher you sent your manuscript? Waa... nak kena beli nih. Diam-diam je madam ni ye... Hehe..
Syikin,
Dalam proses menyiapkan. Nanti bila dah siap tolong buat promosi untuk saya,boleh?
boleh saja! kita kena berganding bahu lah ya mdm! saya pun tengah nak msuk cabang yang sama. first manuskrip saya dah sampai kat tangah buku prima. alhamdullillah... diterima editor. sekarang tengah sibuk follow up untuk edit. dah dua kali dah saya edit.
manuskrip tu saya buat dah setahun. mungkin ada rezeki kat situ kut... dapat la duit tambahan sikit. hehe..
Salam Shima,
Terima kasih kerana mempromosinya di sini. Insya-Allah, jumpa di UiTM minggu depan.
Post a Comment