Hari ini saya mencari 'alasan' untuk menulis sesuatu walau hanya seketika.
Lantaran mengutamakan segala perkara yang utama,saya menghentikan penulisan di sini. Menyudahkan urusan menggubal soalan untuk 2 kursus dan juga menyemak soalan peperiksaan yang telah disediakan sepanjang minggu lalu memerlukan perhatian dan tumpuan.
Urusan penandaan 51 laporan turut tergendala seketika apabila pelajar di bawah jagaan saya berkunjung ke pejabat meminta saya menandatangani borang validasi kursus mereka sambil saya mengambil peluang untuk mengenali mereka lebih mendalam. Mereka 20 orang pelajar semester satu Diploma Pelaburan Analisis yang baru melangkah ke alam universiti.
Selain itu,kajian dana UJRJ yang saya ketuai. Oh...kenapa saya 'menjerumuskan' diri menambah kerja?
Sebenarnya saya bersyukur kerana pada 'satu ketika', saya tidak dapat melakukan semua itu.
Hargai peluang dan kemampuan walaupun kini saya lebih memilih mengutamakan yang utama.
Alhamdulilah.