Kursus pilihan pertamanya diterima. Hanya sedikit terkejut dengan lokasi yang ditawarkan nun jauh di Sarawak sana. Walaupun berhasrat untuk mendapat tempat di Shah Alam, tawaran ke Samarahan diterima akhirnya setelah berfikir dan berbincang.
Menariknya tawaran ini ialah 'lompatan' terus ke program sarjanamuda tanpa melalui matrikulasi,program asasi, program diploma atau tingkatan 6.
Selain itu, tawaran kedua juga diterima pada minggu lalu.
Pada hari ini,sepatutnya Afiqah mendaftar untuk tawaran Ausmat untuk persediaan mengikuti kursus Perubatan di INTEC Shah Alam. Setahun setengah di sini dan selebihnya di Australia.
Tawaran ini telah ditolak setelah menimbangkan beberapa faktor.
Ya,itu cerita saya yang telah berlalu.
Kini, saya memberikan sepenuh kebebasan kepada Afiqah untuk memilih perjalanan kerjayanya sendiri. Agak teruja kerana saya pernah satu ketika memilih kerjaya ini sebagai salah satu cita-cita pilihan semasa di sekolah.
Syukur Alhamdulilah.
Tahniah buat Anakanda Afiqah Nadzirah!
Bakal ARKITEK Insya-Allah!
Semoga anakanda berjaya cemerlang di dunia akhirat.
http://nazhatulshima.blogspot.com/2015/04/sudut-pandangan-menanti.html
No comments:
Post a Comment