16 Ogos 2016
Perjalanan bermula dari bandar Auckland pada jam 11:55am dan berhenti seketika di Kaihere untuk merakam beberapa pemandangan indah. Menuju le Matamata,kami dijamu dengan keindahan alam semulajadi yang sukar dihuraikan. Bagai poskad hidup. Langit,lembu,kambing biri-biri, gunung-ganang.
2:36pm kami sampai di Matamata dan 4 minit kemudian,papan tanda ‘Welcome to Hobbiton’. Saya meluangkan waktu untuk mengepos poskad di situ. Sampai Rotorua pada jam 5:17pm dan seterusnya menuju ke Family Holiday Park pada jam 5:43pm.
17 Ogos 2016
Keesokan harinya,kami meninggalkan kawasan Family Holiday Park pada pukul 10:08am. Berhenti sebentar di hadapan Lake Rotorua untuk merakam beberapa gambar.
10:46am-The Redwoods Forest
12:55pm-Wairakei
1:27pm-Rotokawa Rapid Jet
2pm- Dam
2:31pm-Taupo
6:30pm-Tongariro National Park
(Bersambung dan akan diedit dan ditambah lagi catatan)
[Dari Kerana Mata- Dari mata turun ke hati. Dari hati belum tentu dapat dilihat oleh mata kalau tidak diolah dalam tulisan dan bahasa yang dapat dijangkau mata hati pembacanya] - sejak 28.6.2006
Saturday, August 18, 2018
Monday, January 08, 2018
Wednesday, January 03, 2018
Apa Khabar?
Apabila kita memulakan soalan ini,adakah kita sekadar berbasi-basa untuk memulakan bicara ataupun kita sememangnya mahu mendengar khabar seseorang yang kita sapa?
Jawapan yang diharapkan pula sudah tentulah,
"Alhamdulilah,baik. Sihat."
"Alhamdulilah,baik. Sihat."
Dan kita pun akan memilih sesiapa yang kita mahu kongsikan sebenar-benarnya khabar sebenar kita.
Ada kalanya kita akan memilih untuk berkata benar kepada seseorang yang benar-benar memahami keadaan kita dan berselindung sekiranya kita dapat rasakan yang jawapan balas akan menyakiti kita.
Adakalanya kita memilih untuk diam.
Adakalanya jawapan ada dalam puisi atau ada dalam lukisan.
(Eh kenapa pula saya gunakan 'kita' sedangkan mungkin sahaja hanya 'saya' yang rasa?)
Tuesday, January 02, 2018
Kanvas Kosong dan Impian
Di atas kanvas kosong itu akan dialirkan segala rasa.
Bersama-sama kedua-dua anakanda,kami akan melukis sesuatu.
Karya seorang ibu dan kedua-dua anakandanya akan bermula. Tamat tempohnya belum tentu.
menurut kesesuaian waktu kami bertiga.
Bersama-sama kedua-dua anakanda,kami akan melukis sesuatu.
Karya seorang ibu dan kedua-dua anakandanya akan bermula. Tamat tempohnya belum tentu.
menurut kesesuaian waktu kami bertiga.
Monday, January 01, 2018
Hujan Menyambut 2018
Hujan tidak berhenti sejak 3 hari yang lalu.
Ada debar di dada apabila mengenangkan kisah lalu.
Tahun Baharu 2018 berada di pejabat sepanjang hari untuk menyudahkan kerja.
Rutin biasa.
Mahu lebih istiqamah menulis di sini pada tahun ini walaupun hanya menulis beberapa patah kata.
Ada debar di dada apabila mengenangkan kisah lalu.
Tahun Baharu 2018 berada di pejabat sepanjang hari untuk menyudahkan kerja.
Rutin biasa.
Mahu lebih istiqamah menulis di sini pada tahun ini walaupun hanya menulis beberapa patah kata.
Labels:
Catatan Harian,
Terapi Mindaku
Location:
Segamat District, Johor, Malaysia
Wednesday, June 28, 2017
Blog Ini Sebelas Tahun
Sempena sebelas tahun saya menulis di blog ini hari ini,saya mahu kongsikan apa yang telah berlaku sejak entri yang lepas. Klik pautan di bawah untuk melihat semua rekaan yang terhasil daripada lakaran bunga-bungaan saya.
.https://www.creativeunited.my/u/nazhatulshima
.https://www.creativeunited.my/u/nazhatulshima
Monday, February 13, 2017
Sekuntum Mawar Merah di Bulan Februari
Saya mahu 'melahirkan' sesuatu pada tarikh kelahiran saya.
Sesuatu yang lahir daripada minat yang mendalam terpendam lama.
Mawar merah ini dilakar dan diwarnakan dengan pensel warna sebagai terapi minda
di saat selesai memeriksa kertas peperiksaan para pelajar pada 31 Julai 2015.
di saat selesai memeriksa kertas peperiksaan para pelajar pada 31 Julai 2015.
Ini merupakan lukisan kedua terhasil setelah saya memulakan yang pertama,iaitu bunga raya berwarna kuning yang ditanam di halaman rumah.
Kemudian,permintaan demi permintaan menyusul.
Kemudian,permintaan demi permintaan menyusul.
Pada ketika itu, saya tidak membayangkan akan melahirkan apa yang ada pada hari ini.
Kini, lukisan ini diabadikan dalam bentuk berbeza dan boleh dimiliki oleh sesiapa yang berhajat.
Hadiah kepada diri di hari ulangtahun kelahiran,
Klik di pautan di bawah
Passionate Red Rosebud Series
Klik di pautan di bawah
Passionate Red Rosebud Series
Angan-angan dan cita-cita menjadi nyata.
Alhamdulilah.
Suka?
Boleh terus berkunjung ke Galeri Maya Nazhatulshima
untuk melihat lukisan yang seterusnya.
Masih di dalam proses memindahkan lukisan yang lain-lain
yang setakat ini ada 60 bilangannya,
Kredit foto: Aizil dari Creative United
Pautan untuk hasil kerja saya ,boleh lihat di sini Creative United Artist
Thursday, January 05, 2017
Monday, January 02, 2017
1 Januari 2017
1 Januari 2017 dihabiskan dengan menyudahkan kerja menyemak tugasan pelajar sepanjang hari.
Markah penilaian yang perlu dijumlahkan.
Yang belum selesai dinilai, perlu diberikan markah.
Yang mendatang semalam kertas peperiksaan akhir pula.
Bertindan dengan segala pemarkahan yang belum selesai. Perlu disegerakan sebelum menderu lagi kertas-kertas peperiksaan yang akan datang.
9 kelas kesemuanya untuk 5 subjek yang berberbeza.
Setakat ini dahulu untuk perkongsian awal tahun 2017.
Semoga saya lebih istiqamah dalam menulis catatan di sini.
Adakah agaknya yang membaca blog saya lagi?
Thursday, December 29, 2016
Wednesday, December 28, 2016
Monday, December 26, 2016
Sunday, December 25, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
