Minggu lalu dan minggu ini ,waktu kerja saya dipenuhi dengan sesi seminar. Mungkin ada orang yang tidak berapa gemar mengikuti seminar atau kursus apatah lagi kalau diarahkan. Namun saya di dalam kategori mereka yang sangat suka mengikutinya walaupun kadangkala terpaksa mengeluarkan wang ringgit atau berjalan jauh. Seseorang yang amat rapat telah bersuara, " Kenapa perlu mengikuti kursus dan seminar yang serupa? Balik-balik tajuk yang sama." Saya akui kadangkala seminar atau kursus yang saya sertai mempunyai pengisian yang hampir sama. Tetapi pada pandangan saya, walaupun seminar dan kursus itu mempunyai tajuk dan pengisian yang sama,pendekatan dan cara penyampaian pasti terdapat perbezaannya. Saya sentiasa bersikap terbuka untuk mempelajari sesuatu yang pada pandangan secara kasarnya adalah sama tapi masih terdapat perbezaannya. Sama ada penceramah itu hebat atau sebaliknya, semuanya dapat dijadikan teladan atau sempadan.
Sebagai seorang pensyarah dan pembimbing pelajar, saya sendiri pernah mengajar tajuk yang sama pada satu hari kepada tiga kumpulan yang berbeza dan menggunakan pendekatan yang tidak keseluruhannya sama. Setiap detik hidup kita adalah unik. Kita sering berhadapan dengan orang yang berbeza di waktu yang berbeza dalam suasana yang berbeza. Atas dasar ini , kita tidak boleh bersikap stereotaip. Saya pernah ditanya berkaitan ciri-ciri yang ketara yang dapat dilihat dalam kumpulan pelajar saya mengikut jurusan yang diambil. Malangnya, saya dapati sukar untuk menjawab soalan itu. Bukan kerana saya tidak mengenali mereka atau kurang peka menganalisa mereka tetapi saya telah mengelak dari melabel mereka. Saya menghalang maklumat yang berbau bais mempengaruhi pandangan saya terhadap kumpulan pelajar tertentu.
Pada pandangan saya, semua orang mempunyai potensi sekiranya kita bersangka baik atau positif dengan kebolehan mereka. Malah saya amat seronok jika terdapat pelajar yang kelihatan bermasalah atau sedikit berbeza. Terutama sekali bila dapat melihat perubahan ke arah kebaikan, satu kepuasan yang tak ternilai.
Begitu juga kalau saya berhadapan dengan anak-anak. Seringkali saya perlu berpesan perkara yang serupa tetapi untuk memberi kesan kadangkala perlu diubah cara penyampaian. Saya sedar saya jauh dari sempurna tetapi sering berusaha melakukan sesuatu sebaik mungkin.
6 comments:
Puan,
Orang yang cintakan ilmu,akan mengejarnya di mana saja.
Syabas Puan.
Shima,
Dari kerana mata, turun ke tangan. Tahniah kerana niat ingin menulis dilaksanakan.
Kata saya: 'Sehari semuka, setahun 364 halaman. Diskaun 50%, 182 jadinya.
Jangan hangat-hangat tahi ayam! Saya doakan ia kekal sampai bila-bila.
Tahniah Shima, teruskan usaha murni ni..Dulu ani ada blog tapi punyalah lama ditinggalkan sampai lupa nama blog sendiri..Teruk betul..Insyallah, ani pun akan bina laman blog lagi..Angan2 mesti ada...
Noraini Ismail
Asalamualaikum
Dear shimah, tahniah for creating this blog.
I am very proud of you. Hope we can do some research and wriitng soon.
PM Dr Shireen
Terima kasih semua. Juga kepada 'ufukhati' yang belum saya kenali. Semoga saya juga dapat tunjuk ajar dari saudara menulis puisi.
Komen rakan-rakan melalui emel:TQ
Salam.
Tahniah. saya dah lawat web blog Shima, very interesting. semacam lawat laman org yg pakar, dan dah lama menulis. tahniah.. saya pun nak buat juga web blog sendiri... tak tahule mcm ne nak mula...
tahniah.
Ahmad Nawawi Yaakob
(Koordinator UPENA)
Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU)
UiTM Johor
Syabas, my dear! I was kind of inspired by Dr.Edwin Malachi (the great Literature lecturer of UPM) last semester to start on my weblog too. Just like you, the shyness is embedded between my friendliness. Well...I'm glad you're one of my good friends who have made the way for me (insyaAllah) to come out with mine too.
Happy writing and syabas again!
Hani
TAHNIAH!!! SEMOGA BERJAYA. KAMI SENTIASA MENYOKONG.
Sasai
great work shima!
Normah
Post a Comment