[Dari Kerana Mata- Dari mata turun ke hati. Dari hati belum tentu dapat dilihat oleh mata kalau tidak diolah dalam tulisan dan bahasa yang dapat dijangkau mata hati pembacanya] - sejak 28.6.2006
Tuesday, February 13, 2007
Usiaku kini 35
35, itulah usiaku hari ini. Alhamdulilah, syukur masih berada di sini,dikurniakan kesihatan, rezeki, suami yang mengasihi disisi dan sepasang cahaya mata penawar hati, kerjaya impian sejakku berusia 7 tahun. Semuanya tidak lari jauh dari perancangan asalku. Cuma yang agak ketinggalan adalah impianku untuk mendapat ijazah kedoktoran sebelum usiaku menjangkau 35 dan mempunyai sekurang-kurangnya sepasang lagi cahaya mata. Bila kulihat semula angka ini, banyak juga bilangannya. Kadangkala seperti tidak percaya, kerana terasa diri seperti muda sentiasa. Apatah lagi dikelilingi para pelajar berusia sekitar awal dua puluhan. Mungkin inilah sebabnya . Aku tidak boleh terus terleka. Hakikatnya, usiaku makin bertambah, ijazah kedoktoran dan sepasang cahaya mata masih menjadi idaman dan perlu kusegerakan. Semoga Allah makbulkan hajatku ini. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Selamat Hari Lahir Shima!
Semoga hari-hari yang akan datang menjanjikan segala yang diimpikan.Semoga dipermudahkan segalanya.
Salam.
Selamat hari lahir. Semoga impian tercapai.
Selamat hari jadi kak shima.
Hope your dreams come true.
Terima kasih Kak Lin, Sdra Helmy & Rose di atas ucapan kalian. Saya juga doakan impian kalian tercapai juga.
P/S: Selamat Hari Lahir juga kepada Sdra Helmy walaupun saya tak pasti tarikhnya bila tapi saya dapat tahu dari profil saudara zodiak kita sama.
Happy Birthday, Shima! Semoga sihat walafiat dan murah rezeki.
Fulltime Mom
Terima kasih Fulltime Mom!
Selamat hari lahir Shima, belum terlambat rasanya ucapan ini.
Semoga sukses dan sejahtera selalu.
Saya juga doakan impian anda akan di makbulkan. amin.
Selamat menjalani tahun-tahun yang berikutnya...
Terima kasih Kassim Selamat, Hakim Dirani dan John F Seademon.
Selamat datang ke blog saya John F Seademon.
Assalamu'alaikum Puan Nazhatulshima,
Selamat hari jadi dan bersyukur dengan nikmat pemberian Allah. Semoga impian yang belum tercapai, akan tercapai - jika tidak, mungkin ada hikmatnya.
(Alang Kelana)
Terima kasih Tuan Alang. Sudah tentu setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Post a Comment