Monday, March 05, 2007

Koleksi Puisi Cinta Islami 8

Beberapa hari kebelakangan ini, ilham menulis puisi mencurah-curah. Berikut adalah beberapa puisi yang telah dipaparkan di blog UNIKA PTS http://universitipts.com/ untuk projek Puisi Cinta Islami. Seakan seperti berbalas pantun pula dengan pemuisi yang lain. Saya dapati dengan cara ini lebih mudah untuk mendapat ilham. Usah pula ada yang menyangka saya sedang bercinta dengan mereka. Sekadar membayangkan rasa. Maka terciptalah semua ini. Ada 4 kesemuanya, sejak 1.3.2007 sehingga 5.3.2007; yang akan saya asingkan di entri yang berbeza agar mudah untuk sesiapa meninggalkan komen sekiranya ada. Ada 4 puisi di entri sebelum ini ,sejak 22.2.2007 juga termasuk dalam koleksi puisi ini tetapi saya hanya letakkan tajuk puisi sebagai tajuk entri.


LUKA TERUBAT DEK CINTA HAKIKI

Lukaku disirami kata madahmu
Tak terasa dek pelali silamku
Penawarnya dengan menyebut namaMu
Kerana kutahu kau cinta hakikiku.

Kuingin cinta hadir dengan redaMu
Tidak diselangi racun bertalu
Andainya dia baik untukku
Tunjuklah tanda,bukalah hatiku.

nzshima 5.3.2007

3 comments:

Nazhatulshima N said...

Syukur Alhamdulilah, cubaan menulis puisi minggu lalu mendapat perhatian. Puisi ketujuh dan kelapan termasuk dalam senarai Koleksi Terindah Puisi Cinta Islami,diubah tajuk ke Cinta Hakiki(no.8) dan Empangan Rasa Cinta.(no.7)

Semoga Allah kurniakan ilham untuk ku berkarya lagi. Amin.

Nantikan seterusnya,

SAAT AQADMU TERLAFAZ

mohamad kholid said...

Saya rasa sebagai pensyarah English - sdr boleh menulis terus dwibahasa. Jadikan setiap puisi dua versi - Melayu dan English - antologikan... tentu akan mendapat sambutan

Nazhatulshima N said...

Saudara Mohamad Kholid,
Terima kasih di atas cadangan saudara. Memang itulah juga harapan saya. Ada puisi-puisi saya yang dwibahasa. Tentang mendapat sambutan, andai menjadi kenyataan,syukur Alhamdulilah, Amin!