[Dari Kerana Mata- Dari mata turun ke hati. Dari hati belum tentu
dapat dilihat oleh mata kalau tidak diolah dalam tulisan dan bahasa yang dapat dijangkau mata hati pembacanya] - sejak 28.6.2006
Tuesday, April 03, 2007
Mengimbau Kenangan di Tauranga, New Zealand
Setahun yang lalu ku berada di sini Entah bila berkunjung lagi Tinggal kenangan
Terkadang melihat lanskap yang luas sebegini membuat kita rasa rindu...maklum, kita berada dalam kesesakan dan kepadatan. Saya juga impikan suasana seperti dalam gambar ini...
Saudara Helmy dan Bang Gugar, Bukan hanya indah di mata, bahkan damai dan tenang. Sunyi sepi sekali di saat itu. Melihatkan pemandangan itu pada masa itu, saya terfikir, amat sesuai untuk menulis. Waktu itu saya belum mula menulis lagi.
Apabila saya menerangkan (dalam Bahasa Inggeris)keindahan saat itu, rakan saya yang mendengar mengatakan, "You are such a poet".
Saya menjawab, saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dan mengatakan saya akan lukis pemandangan itu.
Tak sangka pula sekarang saya banyak menulis puisi.
Untuk makluman Saudara Helmy, pemandangan ini dapat dilihat di setiap ruang rumah tersebut. Bilik tidur,ruang tamu,dapur semuanya dapat dilihat pemandangan ini kerana tiada tirai yang dipasang. Rumahnya seakan rumah panjang. Semua pintu menghadap ke sana ber'sliding'kaca. Malamnya pula bertiraikan langit dan bintang berkelipan yang amat jelas. Bila dilihat melalui tingkap,seakan satu lukisan yang digantung. Kambing biri-biri dan lembu seakan kaku. Macam gambar dalam poskad. Arkitektur rumah yang menarik. Namun mungkin kurang sesuai di sini.Tetapi di sana bolehlah dibuat begitu kerana tiada jiran di hadapan rumah.
7 comments:
Salam.
Terkadang melihat lanskap yang luas sebegini membuat kita rasa rindu...maklum, kita berada dalam kesesakan dan kepadatan. Saya juga impikan suasana seperti dalam gambar ini...
salam,
cantik... subur dan kehijauan
(",)
assalamualaikum...
meloncat ke laman ini dari laman pn nisah...
saya pelajar undang2 tahun pertama di uitm shah alam... harap puan dpt doakan kejayaan saya...insyaAllah akan berkunjung ke blog ini lg kelak...
wassalam...
Saudara Helmy dan Bang Gugar,
Bukan hanya indah di mata, bahkan damai dan tenang. Sunyi sepi sekali di saat itu. Melihatkan pemandangan itu pada masa itu, saya terfikir, amat sesuai untuk menulis. Waktu itu saya belum mula menulis lagi.
Apabila saya menerangkan (dalam Bahasa Inggeris)keindahan saat itu, rakan saya yang mendengar mengatakan, "You are such a poet".
Saya menjawab, saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dan mengatakan saya akan lukis pemandangan itu.
Tak sangka pula sekarang saya banyak menulis puisi.
Izwan,
Selamat datang ke blog saya.
Salam Shima.
Lanskap sebegitu dan sunyi menenangkan dan menyenangkan kita berkarya...lanskap luas dan sunyi lebih senang diisi dengan bercerita...
Untuk makluman Saudara Helmy,
pemandangan ini dapat dilihat di setiap ruang rumah tersebut. Bilik tidur,ruang tamu,dapur semuanya dapat dilihat pemandangan ini kerana tiada tirai yang dipasang. Rumahnya seakan rumah panjang. Semua pintu menghadap ke sana ber'sliding'kaca.
Malamnya pula bertiraikan langit dan bintang berkelipan yang amat jelas. Bila dilihat melalui tingkap,seakan satu lukisan yang digantung. Kambing biri-biri dan lembu seakan kaku. Macam gambar dalam poskad.
Arkitektur rumah yang menarik. Namun mungkin kurang sesuai di sini.Tetapi di sana bolehlah dibuat begitu kerana tiada jiran di hadapan rumah.
Emm.,saya jadi rindu...
...dan "jiwang"? hehehehe
Post a Comment