Wednesday, January 09, 2008

Soal Hijrah Hati

"Satu hari akan datang di mana harta dan anak-anak tidak dapat menolong kecuali hati yang baik."
Dato Dr Fatimah Elzahra bersuara di saluran Oasis dalam rancangan Ar-Rayyan.
(Saya tidak menangkap firman Allah surah mana dan mohon bantuan pembaca yang tahu tolong maklumkan saya) Intipati kata-katanya diteruskan di sini.

"Ada 3 jenis hati,iaitu hati yang baik, hati yang sakit dan hati yang mati."

Hati yang baik itu penuh kasih sayang kepada Allah.
Hati yang sakit itu mempunyai perasaan dengki, riak dan takbur.
Hati yang mati pula hati yang telah tertutup.

Hasad dengki pula menghapuskan kebajikan seperti air menghapuskan api.

Untuk mendapat hati yang baik dan suci, kita perlu rujuk sabda Rasulullah SAW,yang menggariskan 4 perkara iaitu:

1. Baca dan faham Al-Quran
2. Hadir majlis ilmu
3. Ingat mati
4. Pilih sahabat yang baik

Dalam sehari semalam pula sekurang-kurangnya kita meminta sebanyak 17 kali setiap kali Al-Fatihah untuk ditunjukkan jalan yang benar dan jawapannya bermula dari ayat pertama Surah Al-Baqarah.

Untuk setiap perkara yang baik, perlulah bersyukur manakala setiap dugaan dan cabaran perlulah bersabar dan reda.

Beramal soleh dengan solah sekusyuknya.
Tolong orang dan tidak mementingkan diri sendiri.
Beriman kepada Al-Quran dan kitab yang sebelumnya.
Yakin adanya akhirat.

Kata-katanya sungguh mengesankan.

Ya Allah,
aku mohon hatiku
tidak dibolak balikkan
dan tidak sakit atau tertutup mati.
aku mohon,

Hijrah hatiku ke arah kebaikan.

Aku mohon seluruh keluargaku
dan sahabat handaiku juga begitu.
Amin!

SALAM MAAL HIJRAH!

5 comments:

Anonymous said...

Kullu Aam wa anti bekhair...beginilah ucapan orang arab di sini setiap tahun baru..Selamat Tahun diucapkan kepada semua kawan-kawan lama saya yang berada di m,sia.Semoga tuhan memberkati dan mencurahkan rahmatnya kepada kita.Salam kepada semua.Siti Aminah Sheikh Othman

Nazhatulshima N said...

Salam Siti Aminah,
Saya cuba mengingati kali terakhir kita bertemu. Saya masih ingat siapa Siti Aminah. Berita terakhir tentang Siti berumahtangga. Harap dapat tinggalkan emel atau emel saya ,alinazsh@yahoo.com, supaya kita boleh berhubung dan bertukar berita. Ingin sekali ke Arab Saudi. Bagaimana boleh terjumpa blog saya?

Maaf,puisi dan komen yang ditinggalkan sebelum ini terpaksa saya lenyapkan seketika sehingga satu tempoh apabila saya tidak perlu lagi sembunyikannya di sini.

Kebetulan pula Zarina Ithnin baru sahaja meninggalkan komen dalam entri saya bertajuk Ralatnya.

Tak sangka blog saya dapat menyambung siraturahim. Baca juga entri saya Jejak Kasih Cara Google. Saya bertemu Zaeinah & Zaeidah.

Anonymous said...

Hi,Shima. Salam Maal Hijrah 1429. Best wishes always.

Anonymous said...

Salam, shima surah and verse you looking for is surah al-Shua'ara (the poets) verses 88 - 89. It reads: "The Day whereon neither wealth nor sons will avail. But only he (will prosper) that brings to God a sound heart" Sadaqa Allah al-Azim. I used to teach at Masjid al-Syakirin UiTM and Masjid Gemereh, kitab entitled Penawar Hati, a very famous work of a famous Malay "ulama". InsyaAllah I will try to include in my blog his teaching on how to attain "qalbu salim" (hati yang sejahtera). Wassalam.

Nazhatulshima N said...

Shima's Buddy,
Terima kasih. Salam Maal Hijrah juga. Siapa agaknya ya?

Dr Ahmad,
Terima kasih untuk makluman surah tersebut , saya amat menghargainya.
Saya juga menunggu blog entri tentang 'hati yang sejahtera'.