Melihat kesungguhan pelajar menyelesaikan tugasan yang diberikan ternyata mengembalikan sisa tenaga di lewat petang begini. Kelas yang dimulakan sejak 8.00pagi dan berakhir sebentar tadi membuatkan saya teruja menghadapi hari-hari seterusnya.
31 orang pelajar kelas bahagian satu jurusan akaun saya telah membentangkan novel bahasa Inggeris pilihan mereka dan menyatakan mengapa novel tersebut dipilih. Ada diantaranya baru pertama kali membaca novel bahasa Inggeris. Pun begitu, pilihan judul yang pelbagai membuat saya turut berminat. Pelajar saya dinasihatkan untuk sekurang-kurangnya membaca 15 minit sehari dan di setiap petang Isnin akan dikongsikan bersama sebahagian kisah dalam novel tersebut.
Harapan saya usaha yang sedikit ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar saya untuk menguasai bahasa Inggeris. Walaupun aktiviti ini tiada dalam sukatan pelajaran, menurut kajian, pembacaan senggang(leisure reading) dapat meningkatkan penguasaan bahasa berbanding pengajaran secara langsung hukum tatabahasa (grammar).
Saya mengadunkan kedua-duanya sekali.
7 comments:
Salam madam... How r u?
Mdm, since my english also tunggang langgang I just add english novel as my monthly routine reading. Just finished my reading on Night Whisper by Judith McNaught. Yes, the ol' book. Hv u read that one? Best. Besides learning, I also compared english novel and malay novel where both of them have their own identity. And, I found it is best to balance the knowledge besides know how the world work.
Usually ingredients in novel are based on research and the author's life experience... therefore I can see different lifestyle. Thats what I meant by balance.
Anyway, hope you good always madam. Keep in touch ya. Take Care!
Yang sedikit tetapi berpanjangan itu lebih efektif. Teruskan usaha :)
Syikin,
Terlebih dahulu saya maklumkan saya menjawab dalam bahasa Melayu di blog ini dan sekiranya nak menggunakan bahasa Inggeris,bolehlah ke blog bahasa Inggeris saya. Jangan sangka saya marah pula. Malah saya suka sekali bekas pelajar saya masih berhubung dan menggunakan nahasa Inggeris. Cumanya saya cuba mengekalkan penggunaan bahasa Melayu di sini.
Sewaktu belajar peringkat sarjanamuda(banyak tahun dahulu...he..he awal dua puluhan), saya juga meminati karya Judith McNaught. Antara yang masih saya ingat sampai sekarang berjudul 'Perfect', sampai menangis teresak-esak baca. Cubalah baca,sangat memberi kesan. 'Night Whisper ' rasanya saya tidak baca lagi. Cuba ceritakan dalam blog kisahnya. Sekarang saya lebih meminati karya biografi dan kisah benar. Bagaimana pula dengan novel Syikin? Kisah tentang apa?
SitiNur,
Saya doakan begitu.
oo.. got that. saya tak tau pulak madam ada dua blog. dulu rasanya ada satu je. okey2.
Shima,
Tengah baca novel apa sekarang?
Syikin,
Memang dari awal ada dua blog. Bermula Jun 2006 dan blog yang ketiga sejak Julai 2007.
Saya hanya melatih diri dan pembaca menggunakan Bahasa Melayu Tinggi di sini.
Ira,
Novel Melayu 'Anugerah' tulisan Zaharah Nawawi dan novel Inggeris 'The Golden Notebook' karya Doris Lessing. Kedua-duanya sangat tebal dan perlu baca beransur-ansur nampaknya.
tugasan novel D1A2 masih tergantung.
Post a Comment