Saya telah ditag oleh http://muhdkamil.net/story/ Prof Kamil beberapa hari yang lalu. Hari ini baru terasa nak menyambut cabaran. Hanya saya kira, perkara yang saya akan tulis, tidaklah ganjil sangat kerana saya rasa ada juga orang yang macam saya. Agaknyalah! Kalau ada, boleh beritahu saya.
Keganjilan
1. Buku
Buku adalah harta kesayangan saya. Jika disentuh atau diubah kedudukannya, saya akan tahu. Jika membaca buku saya, cara pegang, selak helaian kertas perlulah cermat. Tidak boleh melipat halamannya atau mengotorkannya.
Pilihan antara buku dan barang kemas/emas permata, saya pilih buku. Tidak berminat memiliki atau memakai banyak barang kemas ,hanya sebentuk cincin dan gelang sebagai tanda. (Pernah dulu saya tidak memakai sebarang cincin dan gelang, ramai menyangka saya belum bersuami. Bahaya!)
2. Masak
Tidak begitu selesa apabila memasak dibantu sesiapa kecuali di peringkat persediaan atau mengemas. Kekok rasanya. Sama ada saya buat semuanya sendiri atau saya tidak masak langsung.
3. Basuh Pinggan
Apabila basuh pinggan, saya mesti ikut turutan seperti berikut:
Buang sisa, gelas /cawan, sudu/garfu/senduk, pinggan ,piring,mangkuk, periuk, kuali, sink, dapur.
Sebagai contoh, saya tidak akan basuh secara rawak dan akan susun dahulu sebelum mula mencuci dan seterusnya membilas. Pinggan mangkuk yang telah kering, mesti akan disimpan dahulu dan tidak boleh bercampur dengan yang baru dibasuh.
4. Pakaian
Perlu berpadanan dan digosok. Sekiranya tidak digosok, saya rasa tidak selesa untuk memakainya kecuali dalam keadaan berkhemah atau bercuti. Tetapi masih perlu berpadanan.
5. Kepelbagaian Tugas (Multi Task)
Saya perlu buat beberapa perkara dalam suatu masa. Sekiranya tumpuan hanya kepada satu perkara, saya akan kurang bersemangat untuk membuat perkara tersebut melainkan perkara tersebut adalah keutamaan untuk diselesaikan. Tidak pula bermakna saya tidak boleh fokus langsung. Saya akan fokus kepada perkara berbeza mengikut keutamaan dan kehendak saya. Sekiranya selesai sesuatu tugasan, minda saya akan mencipta atau mencari kerja yang seterusnya. Saya akan jatuh sakit kalau terlalu ‘berehat’.
6. Mode fokus
Bila saya dalam mode fokus terhadap sesuatu perkara, saya boleh fokus sehingga tidak tidur atau rehat untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang saya suka.
Seterusnya saya akan tag…siapa ya? 6 orang itu ialah:
Dr Nor Faridah, Neomesuff, Pak Darma, Scarlet Kingsnake, Hakim Dirani, Siti Hajar.
6 comments:
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke pondok burukku itu. Ini kunjungan balasku. Rupa-rupanya kita ini sebaya, tetapi dikau lebih berdarjat.
Gembira rasanya dapat kunjungan seorang pensyarah universiti. Daku ini hanya universiti hujung usia.
Semoga terus berjaya, khususnya puisimu itu.
Mmm.. alhamdulillah...
agak menarik juga 6 keganjilan puan, point 3 dan 4 ada persamaan dgn saya...dahulu ler sekarang tak mungkin lagi.
Waalaikumsalam w.b.t,
Selamat datang dan terima kasih kerana memberi komen.
Hanya pandangan saudara 'lebih berdarjat' itu tidak dapat saya menerimanya.
Saya baru saja berjinak-jinak dengan puisi. Masih banyak yang perlu dipelajari.
Terima kasih kerana nak menge-tag saya.Saya tag Shima balik.:)
Tengah nak upload kisah terbaru.Jumpa di I-Glass.
saya juga tak suka pakai barang kemas. rimas.. lebih suka membeli buku dari emas atau pinggan mangkuk...
Saudara Kassim Selamat,
Sangka saya hanya perempuan sahaja ada persamaan seperti no.3 & 4.
Dr Faridah,
Kalau ada masa, tulislah 6 keganjilan doktor pula.
Junita,
Selamat datang ke blog saya. Mesti singgah kedai buku berjam-jam, betul tak?
Pinggan mangkuk saya kebanyakannya hadiah dari mak dan mak mertua. Hanya sekali saja saya beli sendiri, itupun untuk kegunaan harian, 8 tahun lalu, dan masih digunakan sehingga sekarang.
Post a Comment