Thursday, May 28, 2009

Kuasa Allah & Gerak Hati

29 Mei?30 Mei?1 Jun?6 Jun?

Ini adalah beberapa tarikh jangkaan saya bersalin menurut perkiraan doktor secara manual dan menerusi ultrasound.

Di saat terlintas di hati ingin bersama-sama Adib menunaikan umrah pertama kami, saya masih hamil.

Menurut rancangan asal, hanya Adib yang akan pergi bersama-sama keluarga kakak sulungnya dan keluarga abang bersama-sama ibunya pada bulan Mac 2009. Sebelum itu, terbit keraguaan sama ada dibenarkan mengerjakan umrah di usia kandungan 7 bulan. Sudah pasti tidak dibenarkan dalam trimester terakhir.

Rancangan berubah ke akhir bulan Mei. Pada saat itu ,saya turut berkata,sudah pasti tidak dapat saya ikut juga kerana baru sahaja melahirkan dan Adib pula akan membatalkan niatnya untuk menunaikan umrah bersama-sama ibunya.

Allah Maha Berkuasa.

Tidak 29 Mei! Bukan 30 Mei atau 1 Jun atau 6 Jun!

10 Februari jadi tarikh lahirnya dan kembali.Kisahnya boleh dibaca di sini.

3 hari selepas itu, berita kurniaan rezeki kenaikan pangkat menggerakkan hati untuk nekad menunaikankan umrah sekeluarga. Saya nekad. Sekiranya mengikut perkiraan, wang belum mencukupi untuk membolehkan kami berempat ke sana. Saya ikhlas memasang niat akan ke sana dan yakin Allah akan memberi rezeki apabila tiba masanya nanti. Syukur Alhamdulilah!

1 Jun 2009 kami sekeluarga dijangka berangkat pergi dan pulang semula pada 13 Jun 2009. Saya hanya berdoa,niat ikhlas menjadi nyata kerana akur Allah penentu segalanya.

Mohon dimaafkan segala keterlanjuran kata dan tingkah laku yang menyinggung rasa.
Mohon doakan kami selamat, sihat dan upaya untuk menyempurnakan ibadah umrah pertama kami.

5 comments:

pB said...

moga semuanya selamat

Nor Fadzlina Nawi said...

Selamat jalan kak. Semoga tenang di sana dan selamat kembali, Insya Allah.

zafi said...

alhamdulillah!!!
tak lupa tahniah!

Anonymous said...

Salam Shima,
Alhamdulillah dijemput ke rumahNya!! Moga semuanya selamat sejahtera. Kirim doa di hadapan baitullah ya! :)

Nazhatulshima N said...

Salam kepada pB,Fadzlina,zafi dan SitiNur.

Terima kasih di atas ucapan dan doa. Pergilah ke sana segera!