(Hakcipta lukisan oleh Nazhatulshima Nolan-06062020)
Lebih kurang seminggu memegang berus dan berbisik dengan kanvas yang telah terbiar kosong lama. Alhamdulilah ilham menjengah lagi di tengah-tengah malam yang sunyi atau awal pagi ditemani cengkerik.
Lebih kurang seminggu memegang berus dan berbisik dengan kanvas yang telah terbiar kosong lama. Alhamdulilah ilham menjengah lagi di tengah-tengah malam yang sunyi atau awal pagi ditemani cengkerik.
Bermula dengan latar dengan gerakan berus yang laju kulepaskan apa yang terbuku tanpa sekatan fikiran tentang bentuk,ruang dan garisan yang mahu diciptakan.
Adakalanya ada kata-kata mengiringi.
Permulaannya seperti berikut:
Sahabat kalbuku telah berbisik lagi
Berus dan warna berselerak di tepi
Lukisan apa masih belum kuketahui
Kutenung kanvas kosong ini
Sehingga tembus ke nurani
Kubiarkan jari dan tanganku menari
Menurut irama hati.
#30052020
Dapatkah kau dengarkan Gelombang Hati yang rindu?
5:28pm,05062020
Alun Gelombang memanggilku lagi.
Di luar hujan masih renyai.
Akupun menadah rintik rindu yang membentuk alun.
Tidurlah dan bermimpi.
Aku baru terjaga dari lelapku seketika.
Aku masih melukis nyanyian hujan malam.
Bersatu dengan debu yang belum ditimpa renyai.
-nazsh-
-06062020
Alun Gelombang menanti terbitnya suria sejak semalam tidak berhenti menghitung gerimis yang telah berhenti berganti embun dan burung pagi yang menyapa seiring kokokan ayam.
Masih...
Sedikit lagi!
nazsh
7:28am
#06062020
Terhasil video proses kreatif diiringi muzik latar Bach yang sesuai dengan lukisan dan kata-kata yang mengiringi.
7:10pm,06062020
No comments:
Post a Comment