Tuesday, June 02, 2020

BERTEMU KEMBALI SETENGAH TAHUN 2020

Seperti sahabat lama yang bertemu kembali. Kerinduan berbahagi cerita dengan 'sahabat lama' telah tersimpan tanpa sebarang tindakan. Catatan tulisan tangan di buku nota ada yang sempat dicoretkan secara ringkas.

Tahun 2019 adalah tahun lukisan!
Tahun yang merealisasikan cita-cita sebagai pelukis dengan penyertaan pameran lukisan solo sebanyak 3 dan 10 pameran berkumpulan sepanjang tahun di dalam dan di luar negara. Tidak disangka-sangka dan dijangka.

Tahun menulis dengan warna,garis dan bentuk. Ada juga puisi yang terbit termasuk penulisan satu bab daripada antologi kisah benar yang sempat terbit.

Di awal tahun 2020 pernah menyimpan azam untuk lebih kerap menulis di sini tetapi tidak berjaya dilaksanakan sehinggalah sampai ke pertengahan tahun.

Niat timbul semula kerana mahu mengaktifkan semula blog pengajaran dan pembelanjaran sebagai dokumentasi dan rujukan akan datang. Blog pengajaran yang telah 3 tahun tidak berusik. Pun begitu,isinya masih boleh dikongsi kerana isi kandungannya tetap berkaitan.

Selain itu,ada 2 kod pengjaran baharu yang perlu dibangunkan segera yang dimulai daripada kosong.
Cabaran yang mengujakan walaupun menuntut perhatian dan waktu yang lebih lama selain melarikan fokus kepada sesuatu yang penting untuk diselesaikan yang masih terpendam.

Sekian dahulu.
Bersambung.

2:25am,
2 Jun 2020

No comments: