Saya masih lagi membuat persediaan pengajaran sebentar tadi tetapi berhenti seketika apabila menyedari saya belum lagi e-Clock Out. Walaupun masih ada lagi arahan kepada pelajar yang saya sedang tulis untuk dimuatnaik ke dalam Google Classroom,saya berhenti kerana masa agak lama untuk capai ke halaman tersebut. Tidak pasti kenapa. Lalu saya pun beralih ke sini untuk bercerita lagi tentang hari ini. Semalam cuti. Saya memang berehat sepanjang hari dan bersembang bersosial di Facebook sepanjang hari. Semua di rumah buat hal masing-masing. Saya memang tidak langsung memandang kerja seharian.
Hari ini,seharian di meja kerja. Bekerja dari rumah. Bermula jam 8am berturutan sehingga jam 6;30pm apabila saya keluar ke laman rumah untuk menyiram pokok dan menyapu di laman seketika sebelum senja untuk mengeluarkan sedikit peluh juga. Masuk kembali ke bilik ruang kerja selepas makan dan sambung bekerja lagi sehinggalah saya perasan saya belum e-Clock Out!
Hakikatnya, kerja saya memang belum selesai lagi. Apabila talian internet menjadi perlahan pula, saya anggap itu satu petanda yang saya harus berhenti. Lalu saya membuka komputer riba yang ini dan terus menaip di blog ini sehingga sekarang. Sebenarnya sementara masih menanti untuk menyambung kerja sedikit lagi.
Pun begitu, saya luangkan sejam untuk mengikuti Program MyQuranTime selama sejam mulai jam 12pm sehingga 1:00pm. Ada 3 slot yang boleh diikuti mulai semalam,iaitu pada 8hb Jun 2020. Saya berniat untuk istiqamah mengikutinya setiap hari.
Perkongsian menarik hari ini ialah tentang 'journaling'.
Tentang percaya kepada perkara ghaib
Baca Al-Quran,solat dan infaq.
Alhamdulilah.
Dapat hadiah
No comments:
Post a Comment