[Dari Kerana Mata- Dari mata turun ke hati. Dari hati belum tentu dapat dilihat oleh mata kalau tidak diolah dalam tulisan dan bahasa yang dapat dijangkau mata hati pembacanya] - sejak 28.6.2006
Sunday, March 30, 2014
Pertama Kali Ibu
17 tahun lalu di saat ini saya pertama kali menjadi seorang ibu setelah melahirkan seorang bayi perempuan...
Tuesday, March 25, 2014
Jadual Pelajar 'Degree'
4 minggu telah berlalu dan hanya tinggal 2 minggu sebelum bermula cuti pertengahan semester. Rutin harian penuh dengan aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran dan juga mengingat semula apa yang pernah diajar dan membuat penambahbaikan nota di slaid dan rancangan pengajaran.
Saturday, March 01, 2014
Rutin Hujung Minggu
Afiqah Nadzirah...akan SPM di sini tahun ini. Sejak setahun lalu,kami sekeluarga berulang-alik Segamat - Muar setiap minggu.
Sudah lama saya tidak mencoretkan kisah Afiqah di sini. Terakhir ketika dia mendapat keputusan UPSR.
Sudah lama saya tidak mencoretkan kisah Afiqah di sini. Terakhir ketika dia mendapat keputusan UPSR.
Friday, February 28, 2014
Imbasan Februari 2014
Mengimbas kembali di jam terakhir bulan kedua tahun 2014. Meskipun frasa begitu cepat masa berlalu bernada klise,itulah kenyataannya. Sekurang-kurangnya bagi saya.
Saya belajar menerima keadaan sasaran tidak tercapai seperti kehendak. Belajar menerima keadaan kemajuan yang sedikit. Yang penting,ada perubahan yang lebih baik,daripada langsung tidak berganjak. Bukan berundur tetapi masih melangkah ke hadapan,walau kelihatan perjalanan masih panjang.
Februari juga padat dengan berulang-alik ke hospital. Jika Januari berulang-alik ke Segamat-HUKM 2 kali dan Segamat HSA - JB, Februari pula sekali ke hospital Pantai Melaka dan 2 kali ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan susulan suami saya.
Alhamdulilah,dengan kuasa dan izin Allah kami berdua kembali sihat walafiat.
Syukur dengan segala ujianNya dan diberikan peluang lagi untuk meneruskan hidup yang singkat ini
Saya belajar menerima keadaan sasaran tidak tercapai seperti kehendak. Belajar menerima keadaan kemajuan yang sedikit. Yang penting,ada perubahan yang lebih baik,daripada langsung tidak berganjak. Bukan berundur tetapi masih melangkah ke hadapan,walau kelihatan perjalanan masih panjang.
Februari juga padat dengan berulang-alik ke hospital. Jika Januari berulang-alik ke Segamat-HUKM 2 kali dan Segamat HSA - JB, Februari pula sekali ke hospital Pantai Melaka dan 2 kali ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan susulan suami saya.
Alhamdulilah,dengan kuasa dan izin Allah kami berdua kembali sihat walafiat.
Syukur dengan segala ujianNya dan diberikan peluang lagi untuk meneruskan hidup yang singkat ini
Sunday, February 23, 2014
Jadual Kuliah Semester
Jadual pengajaran kuliah semester ijazah akan bermula pada 2 Mac 2014.
Saya akan mengajar 3 kursus berbeza,iaitu:
1. BEL 492 Presentation Skills (3 kelas berbeza)
2. ELC 500 English for Academic Reading (4 kelas berbeza)
3. EWC 661 English for Report Writing (1 kelas)
Jumlahnya bersamaan 8 kelas untuk 16 jam seminggu.
Jumlah pelajar akan diketahui pada minggu hadapan.
Doakan saya diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab ini.
Teruja akan bertemu pelajar lagi.
Di sisi lain, saya juga perlu melengkapkan penyediaan soalan peperiksaan. Tarikh akhir penghantarannya,2 minggu lagi.
Semoga diberikan kelapangan dan dipermudahkan juga saya untuk meneruskan pengajian PhD secara sambilan kembali sehingga tamat.
"PhDku yang 'Ranjau Sepanjang Jalan...' "
"Kuatkan semangatmu Nazhatulshima!"
Sunday, February 16, 2014
Kembara Tukar Budaya Australia
Memori.
Menyusun kembali kenangan terindah.
Di antara bahan-bahan yang masih ada.
Terselamat dari banjir besar Segamat.
‘Mereka’ pun menjerit-jerit memanggil saya,
“Bukukan kami segera!”
Labels:
Kembara Tukar Budaya Australia,
Kisahku,
Nostalgia
Thursday, February 13, 2014
Lukisan dari Hati
Rasa
bersalah mengalir seiring rasa bisa pada seluruh badan. Bisa yang menular
akibat memikirkan keputusan saya untuk tetap ke Nowra walaupun setelah
mengetahui Kim Brown sedang sakit cengkering. Tiada rasa bimbang akan
dijangkiti dan mengakibatkan orang lain dijangkiti. Adik-adik angkat saya turut
mengalaminya. Paling teruk,yang kecil berusia 3 tahun, Humza yang suhunya naik
setinggi 39 Celcius. Saya turut menemaninya di tengah malam apabila dia
mengaduh kesakitan. Hujung minggu yang biasa terisi dengan aktiviti di rumah
desa tidak saya turutserta. Sampaikan ke dalam tekak saya juga ada gelembung
cengkering itu. Saya tiada selera makan. Tiada ubat atau pantang larang tidak
boleh menggoreng atau terkena air. Ayah angkat saya,seorang doktor memberikan
sebotol losyen 'camomile' untuk meredakan rengsa. Masih tidak memadai. Segala
pakaian saya dicuci berasingan. Tandas juga diasingkan. Saya hanya duduk di
dalam bilik, dikuarantin. Terasa lemah sekali!
16 Julai
sesi persekolahan bermula kembali namun saya masih perlu dicutikan akibat
cengkering yang belum reda. Hari-hari 'cuti' saya terisi dengan kerja kursus
yang perlu di lengkapkan sebagai sebahagian keperluan subjek HSC. Paling
mengujakan adalah saat saya mewarnakan bahagian bunga-bunga liar Australia di
bahagian bawah 'mata' lukisan saya itu. Saya tumpahkan segala rasa yang
mengalir melalui warna akrilik di atas kanvas berukuran 1 meter persegi itu.
Ada bulatan dan pusaran di sekeliling bunga-bungaan. Ada ikan lumba-lumba,ada
kapal layar,ada rumah bata, ada peta Malaysia dan peta Australia yang
menunjukkan lokasi spesifik arah Batu Pahat ke Sydney. Ah, ianya lukisan dari
hati!
30 Julai
Mrs Falconer,guru seni visual kesayangan saya yang tinggal berdekatan,iaitu di
Menai,datang ke rumah membawakan kerja sekolah dan nota-nota yang saya
perlukan. Beliau juga turut melihat perkembangan 'art major work'(kerja seni
utama) saya dan menyatakan rasa berpuashati dengan apa yang dilihatnya.
Pada 7
Ogos 1990, 'I' on Australia, tajuk lukisan saya itu siap dibungkus untuk
dinilai. Alhamdulilah,lukisan ini dipamerkan di Wespac Bank di tengah bandar
Sydney. Lukisan ini terlalu tinggi nilai sentimentalnya bagi saya. Saya mohon
dibawa pulang ke Malaysia. Masih ada dalam simpanan walau sedikit tercemar dek
banjir besar di Segamat tahun 2011.
Ya,hikmahnya
sakit,saya dapat hasilkan sesuatu. Seperti juga terhasilnya penulisan ini!
Labels:
Kembara Tukar Budaya Australia,
Kisahku,
Nostalgia
Suka-suka tukar Duka
Cuti
sekolah masih bersisa walaupun pertukaran jangka pendek saya di Nowra, lawatan
ke Canberra, Goulburn dan Snowy Mountains telah berakhir. Keluarga angkat di
Sydney, seperti selalu,berada di Razorback pada musim cuti.
Apakah
kebarangkalian bertemu sahabat sekolah rendah di kota Sydney? Langsung tidak
terlintas! Ya, pertembungan bagai mimpi, mendengar bahasa Melayu ditutur,
setelah 3 bulan tenggelam dan terendam dalam budaya berbeza,berberbahasa
Inggeris sepanjang masa. Satu kejutan yang indah,menerbitkan ria yang sukar
terlafaz.
Suhaili
Wahid,sahabat sekolah sekelas agama di sekolah agama Kg Kenangan Dato Onn dan
sedarjah juga di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Mariam, Batu Pahat, Johor
kini berada di hadapan mata,di tengah-tengah pengunjung Australian Museum pada
20 April 1990. Siapakah dapat menduga?
Pertembungan
pertama itu berlarutan melalui corong telefon di antara Malaysia Hall dan
Illawong sekali sekala. Akhirnya membawa kepada jemputan ibu angkat saya ke
rumah desa kami di Razorback pada 9 Julai. Kehidupan seorang pelajar yang sibuk
dengan persediaan matrikulasi Australia seperti Suhaili semestinya berbeza
dengan pelajar High School Certificate yang tinggal bersama keluarga angkat
seperti saya. Tumpuannya pastilah kepada akademik sedangkan saya pula perlu
seimbangkan dengan pengalaman pertukaran budaya dengan keluarga angkat dan
masyarakat setempat selain tidak meninggalkan pengalaman akademik di sekolah.
Ditemani seorang
rakan lagi, Puteri namanya,saya mengiringi mereka untuk menghirup suasana desa,
menonton acara lembu dilelong,berbicara dengan kuda-kuda belaan,kambing dan
lembu, bersiar-siar di kawasan kejiranan, dikejar seekor anjing, berjalan ke
jeram di belakang rumah dan menikmati hidangan pai daging lazat buatan ibu
angkat,hangat dari ketuhar. Bertambah enak,semuanya dihidangkan dan dimakan di
hadapan pendiang untuk memanaskan badan yang dingin. Sebagai kudapan, hidangan
manisan coklat brownies,juga buatan ibu angkat saya sendiri.
Di dalam
keenakan, menyusup suatu rasa lain. Saya rasa bisa seluruh badan dan suhu badan
mulai meningkat! Oh tidak! Saya kena cengkering. Lagi? Walaupun setelah
menganggap saya tidak akan mengalaminya kerana menurut emak, saya telah
mengalaminya semasa kecil, saya tetap terkena juga. Rasa lemah merayap ke
seluruh anggota. Sering dengan rasa bersalah. Suhaili dan Puteri dihantar ke
stesen Campbelltown setelah 3 malam bersama-sama apabila keadaan saya semakin
teruk.
Hujung
minggu yang seringkali padat buat saya sejak 6 bulan kini jadi lesu. Saya
kembali ke rumah kota di Illawong dan tinggal sendirian di rumah.
Begitulah,saat
suka suka saya yang bertukar duka dan longlai.
Labels:
Kembara Tukar Budaya Australia,
Kisahku,
Nostalgia
Beberapa hari akhir di Nowra
Kenangan
menyentuh salji kali pertama masih beku di ingatan. Belum dapat dicairkan walau
berpindah ke tempat lain.
Tanggal 3
Julai kembali ke Nowra semula apabila kedua ibubapa angkat perlu menyambung
rutin harian bekerja. Ibu angkat saya bekerja di Nowra Fair,di KMart lebih
spesifik lagi. Saya berpeluang menjejak kaki ke bandar lagi dan pondok telefon
memanggil-manggil lagi di saat saya menapak sendirian. Jam 12 lebih saya
hubungi sahabat baik saya Ruznita Rahmat,kemudian berjalan-jalan lagi dan bagai
magnet,pondok telefon itu menarik saya lagi. Kini saya menghubungi seorang lagi
sahabat,Nazlin Tamat dan juga emak saya. Rindu terubat sedikit!
Hari
berikutnya,Kim meluangkan waktu membawa saya menonton wayang, Pretty Woman
lakonan Richard Gere dan Julia Roberts. Nyanyian Roxette 'It Must've Been Love'
begitu menjentik jiwa yang pernah terguris.
...Lay a
whisper on my pillow,leave the winter on the ground. I wake up lonely, there's
air of silence in the bedroom and all around...
...It
must have been love but it's over now. It must have been good but I lost it
somehow...
...Make-believing
we're together, that I'm sheltered by your heart. But in and outside I've
turned to water like a teardrop in your palm. And it's a hard winter's day, I
dream away...
Apatah
lagi saat itu memang sedang musim dingin. Oh kenangan...
5 Julai
saya ke Green Patch dan Jervis Bay. Nampak ikan lumba-lumba dari kejauhan,dari
dalam kereta.
Lawatan
ke Nowra Animal Park pada 6 Julai adalah sesuatu yang tidak patut tertinggal
apabila berada di negara ini. Bukanlah saya tidak pernah nampak kanggaru
sebelum ini. Namun kebiasaannya,yang liar dan muncul sekali sekala ketika rutin
hujung minggu dalam perjalanan pergi balik rumah desa di Razorback. Di taman
haiwan ini, kanggaru jinak ini melompat-lompat ke arah saya dan berada di
sekeliling saya seperti di dalam foto ini. Malah,dengan mudahnya saya dapat
menyentuh dan mereka tidak melarikan diri!
9:15am, 7
Julai saya perlu meninggalkan Nowra dan kembali ke rumah desa memandangkan cuti
sekolah masih belum berakhir.
Minggu
seterusnya saya dapat bertemu seorang rakan sejak di sekolah rendah. Dia datang
ke rumah desa. Siapakah dia?
Labels:
Kembara Tukar Budaya Australia,
Kisahku,
Nostalgia
Snowy Mountains aku Datang!
Dua musim
telah berlalu. Musim panas. Musim luruh. Tiada lagi hijau segar atau coklat
kuning dan perang. Putih semuanya. Musim dingin yang ditunggu-tunggu kini
menyusul. Segala yang pernah saya lihat di kaca TV,kini berada di hadapan mata
pada tanggal 1 Julai 1990. Berpijak di gunung bersalju. Snowy Mountains
namanya. Persis. Kedinginan menusuk yang menceriakan hati!
Skitube
berwarna merah putih menjadi kenderaan kami ke kawasan stesen Bullocks Flat,
Perisher Valley dan Mt Blue Cow. Ya,seperti di foto di atas.
Di bawah
lapisan baju biru itu ada 3 lapisan lagi. Saya tetap gigil tahan dingin ke
tulang. Sukarnya untuk berjalan di atas salji dengan sepasang kasut sukan
biasa. Terbenam apabila memijak dan tertahan apabila mahu maju ke hadapan.
Puluhan pasang kayu papan ski terpacak berderetan.
Saya
memasang tekad. Saat itu mungkin yang pertama tapi bukanlah yang terakhir! Saya
mahu jadi seperti mereka di hadapan mata-meluncur laju dari pergunungan yang
tinggi seorang diri. Bukan setakat duduk di kerusi lif bergerak itu dan menikmati
pemandangan indah dan menggigil mengetap bibir sahaja.
Ya,satu
hari nanti. Saya mahu datang lagi! Bilakah agaknya?
Labels:
Kembara Tukar Budaya Australia,
Kisahku,
Nostalgia
Tinggal atas Pokok?
Shoalhaven High School adalah sekolah tinggi di Nowra yang telah diatur
untuk saya lawati. Saya pergi sendirian dan tidak membuat persediaan yang
formal dengan ucapan yang telah ditulis dahulu. Berucap secara spontan sahaja.
Setelah 6 bulan membuat pengucapan awam berulangkali tentang Malaysia dan
menjawab segala soalan berkaitan, keyakinan berucap tanpa teks atau persediaan
sudah semakin sebati.
Bahkan gaya cakap Australia juga sudah tempias di
pertuturan saya.
Saya dibawa ke 4 buah kelas berbeza. Sewaktu berjalan di sepanjang
koridor menuju ke kelas-kelas, saya nampak reaksi pelajar sekolah tersebut
melihat kelibat orang 'asing' datang ke kelas mereka.
Ada satu soalan yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini.
Ya,soalan yang tertera pada tajuk ini.
Imej pelajar perempuan berambut kuning dan wajah penuh 'freckles' masih
jelas terbayang. Kecil comel sahaja. Sekali pandang soalan ini kelihatan agak
keterlaluan. Seakan-akan mengejek. Hakikatnya mereka tidak pernah dengar
tentang Malaysia dan tidak tahu di mana letaknya Malaysia dalam peta dunia.
Menyedihkan bukan?
Saya pun menghampiri peta dunia yang digantung di satu sudut di dalam
kelas berkenaan. Jari telunjuk saya berada di posisi letaknya Malaysia.
Kemudian saya ambil sebatang kapur dan memperbesarkan peta Malaysia dengan
melukisnya di hadapan mereka.
Di dalam hati saya berkata, "Oh rupanya inilah gunanya saya
bersusah payah belajar geografi Malaysia dan melukis pelbagai bentuk peta
Malaysia"
Terkenang pula wajah Cik Chua Meow Kiang, guru geografi saya.
Saya memang suka lukis peta. Tambahan lagi saat perlu mewarnakannya. Memanglah
kerja rumah kegemaran saya. Saya ingat lagi belajar tentang Australia di
tingkatan 2.
Saya bertekad, saya mesti sampai ke tempat ini!
Saya bertekad, saya mesti sampai ke tempat ini!
Di saat itu saya pula memberi pelajaran geografi tentang Malaysia di
hadapan anak-anak Australia sebaya saya semasa saya mendapat ilmu tentang
negara itu.
Labels:
Kembara Tukar Budaya Australia,
Kisahku,
Nostalgia
Ada apa di Canberra?
5 hari pertama di Nowra terisi dengan aktiviti
santai, berkenal-kenalan dan berbual-bual dengan keluarga angkat, berjalan kaki
bersiar-siar sendirian dan sesi bersama-sama pelajar di Shoalhaven High School.
Cuti hujung minggu memungkinkan keluarga Brown membawa saya keluar dari Nowra.
Destinasi seterusnya?
Canberra dituju pula. Destinasi ke ibu negara
Australia dimulakan dengan lawatan ke Rumah Parlimen. Foto kenangan diambil.
Perjalanan disambung. Hati berdebar melihat kelibat bangunan seterusnya. Rumah
Kedutaan Malaysia! Bagai bertemu kekasih hati. Lagu negaraku terngiang-ngiang
di telinga. Namun tidak dapat saya melangkah ke dalam. Hari Sabtu, tidak
dibuka,pagar berkunci. Hanya foto diambil dari tepi. Kemudian,kami semua
berlalu pergi.
Saya berkesempatan solat di masjid Canberra.
Menariknya sepanjang saya di sini, saya menurut cara ibu angkat saya yang
bersolat dengan pakaian sedia ada menutup aurat tanpa telekong seperti
kebiasaan di Malaysia. Ya,sebenarnya mudah sahaja untuk bersolat di mana-mana sahaja apabila kita telah sedia berpakaian menutup aurat sepenuhnya seperti dalam solat. Tidak perlu berbekal telekong.
Seperti foto saya yang berlatarkan Banjaran Pemisah Besar ini. (akan disertakan). Ingatan tersorot ke kelas geografi lagi,saat nama-nama banjaran,gunung dan sungai perlu dihafal. Saya senyum sendiri dan berkata dalam hati,tak sia-sia mengingati nama-nama ini.
Seperti foto saya yang berlatarkan Banjaran Pemisah Besar ini. (akan disertakan). Ingatan tersorot ke kelas geografi lagi,saat nama-nama banjaran,gunung dan sungai perlu dihafal. Saya senyum sendiri dan berkata dalam hati,tak sia-sia mengingati nama-nama ini.
Tidak ketinggalan juga saya melawat The Big
Merino,iaitu arca kambing biri-biri setinggi 15.2 meter dan seberat 97 tan atau
dikenali sebagai 'Rambo' oleh penduduk tempatan di Goulbourn. Namun,lokasinya
kini telah berubah sejak tahun 2007.
Oh padat juga 1 Julai itu! Kami kembali bermalam di
Quenbeyan Motel.
Esoknya, pertemuan pertama saya dengan siputih salji!
Perjalanan Solo ke Nowra
Panggilan telefon jarak jauh Sydney-Batu Pahat
telah dibuat untuk memastikan sama ada saya pernah terkena sakit cengkering.
(Chicken pox). Setelah emak mengatakan saya pernah mengalaminya, keputusan
untuk ke Nowra pun diambil untuk program pertukaran jangka pendek selama 2
minggu,iaitu mulai 25 Jun 1990.
Saya ditempatkan di Nowra bersama keluarga Brown.
Kim Brown, adik angkat saya untuk 2 minggu itu baru selesai program pertukaran pelajar ke
Jepun selama setahun. Sewaktu kedatangan saya, dia sedang beransur pulih
dari sakit cengkering dan parut masih jelas kelihatan di sana sini.
Perjalanan solo pertama saya pun bermula. Walaupun
saya sudah biasa berulang-alik ke sekolah menaiki bas dan tren setiap hari
sendirian di kota Sydney, perjalanan ke Nowra adalah perjalanan jauh daripada
biasa untuk seorang gadis yang hanya mengayuh basikal setiap hari dan tempat
yang paling jauh dijejaki adalah Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan luar negara
yang pernah dijejaki hanyalah Singapura. Menaiki kapal terbang sebelum itu?
Jauh sekali.
Pada jam 2:53pm saya memulakan perjalanan dari
stesen Central dan selamat tiba di stesen Nowra pada jam 8:21pm. Keesokan
harinya saya tidak ke mana-mana memandangkan keluarga angkat bekerja dan Kim
belum pulih sepenuhnya. Kami berbual-bual,saya melihat gambarnya semasa setahun
di Jepun. Saya mencuba kimono merah jambu yang dibawa pulang dari Jepun.
Oh susah juga mengenakan kimono rupanya. Mudah lagi berbaju kurung dengan kain tanpa zip dan cangkuk diikat berombak di tepi. Itu memang kemahiran saya.
Oh susah juga mengenakan kimono rupanya. Mudah lagi berbaju kurung dengan kain tanpa zip dan cangkuk diikat berombak di tepi. Itu memang kemahiran saya.
Pada 27 Jun, jam 12:20,saya bersiar-siar berjalan
kaki sendirian di sekitar bandar Nowra. Saya terpandang telefon awam dan rasa
rindu yang membuak-buak telah membuat saya membeli beberapa cenderahati untuk
memecahkan wang untuk mendapat pulangan wang syilingnya. Dengan syiling
segenggam tersebut, hati saya berbunga-bunga kerana dapat membuat panggilan
jarak jauh ke Batu Pahat pada jam 4:20pm.
Hanya seketika, namun memadai. Wang syiling begitu cepat ditelan dan suara saya juga tersekat tidak terkeluar,sebak menanggung rindu. Hanya air mata bercucuran.
Hanya seketika, namun memadai. Wang syiling begitu cepat ditelan dan suara saya juga tersekat tidak terkeluar,sebak menanggung rindu. Hanya air mata bercucuran.
Pada hari itu,saya telah membelanjakan sebanyak
17.40 dollar Australia.
Labels:
Kembara Tukar Budaya Australia,
Kisahku,
Nostalgia
42
Angka giliran di Hospital Segamat pagi tadi.
Saya mengambil cuti lagi untuk menemani suami ke hospital Segamat awal pagi tadi.
Nombor giliran yang diberikan seperti disertakan pada foto di bawah.
Oh, seperti mengingatkan saya. Seperti tidak percaya.
Syukur Alhamdulilah!
Usia saya 42 hari ini!
Saya mengambil cuti lagi untuk menemani suami ke hospital Segamat awal pagi tadi.
Nombor giliran yang diberikan seperti disertakan pada foto di bawah.
Oh, seperti mengingatkan saya. Seperti tidak percaya.
Syukur Alhamdulilah!
Usia saya 42 hari ini!
Wednesday, February 12, 2014
Sukan Luncur Ais (ice-skating)
Saya
telah memilih acara sukan meluncur ais (ice skating) sebagai sukan musim sejuk.
Memanglah saya tidak pernah meluncur ais sebelum itu. Hanya selalu
berngan-angan apabila melihat acara sukan meluncur ais di kaca televisyen.
Berangan-angan dapat menari-nari di atas ais, membuat pelbagai aksi.
Berputar-putar seperti ballerina, mendepakan tangan, mengangkat sebelah
kaki,mengangkat tangan sambil jari jemari dilentuk lentikkan dan tangan di
ayun ke kiri ke kanan mengikut irama lagu.
Pada mulanya saya membayangkan meluncur ais sama juga seperti bermain kasut roda. Perlu mengimbang badan dan melembutkan kaki bergilir untuk bergerak ke hadapan dan belakang. Saya masih ingat lagi saat bermain kasut roda di ‘Pesta’ di Batu Pahat dan berpapan luncur (skate board) bersama-sama sepupu sepapat saya. Bezanya, kasut roda, sudah tentulah beroda. Tetapi apabila meluncur ais, tiada rodanya!
Kelas meluncur ais bermula sejak 24 April. Setiap Selasa dalam jadual sekolah saya, ibu angkat akan menghantar dan menjemput saya setiap minggu di Canterbury Ice Skating Rink. Rutin jam 2 petang di pusat meluncur ais dimulakan dengan mendaftar diri di kaunter. Saiz kasut diberitahu, sepasang kasut luncur diserahkan. Kemudian saya duduk di bangku untuk mengenakan kasut luncur sebelum bergerak ke gelanggang. Waktu pertama kali menjejakkan kasut luncur ke ais batu, agak kaku juga saya. Belum begitu yakin. Memaut di tepi arena. Cuba berdiri tegak dan belum begitu berani maju ke hadapan. Kemudian, saya ingatkan kembali azam saya, iaitu untuk mencuba pengalaman baharu sebaik-baiknya. Pengalaman yang belum pasti berulang peluangnya. Acara sukan musim dingin atau dipanggil 'winter sport' berlangsung selama 3 bulan setiap minggu.
Ternyata azam saya dapat 'sampai ke pangkal lengan'. Bukan sahaja saya sudah dapat meluncur ke hadapan, saya juga dapat meluncur ke arah belakang dan membuat pusingan! Saya bayangkan para juri memberi markah. Berangan-angan sahaja.
Ada satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Malah masih berbekas parut luka itu di bahagian bawah lutut kanan saya. Ada seorang pelajar lelaki yang cuba tunjuk aksi lagak beraninya, meluncur laju dan telah menyebabkan hujung 'blade'(bilah?) kasut luncurnya melukakan saya.
Aduh sakitnya! Tetapi kini saya tersenyum melihatnya kerana ada cerita di sebalik parut itu.
Bagai 'Aborigine'
And it's raining on the Rock,
In a beautiful country,
And I'm proud to travel this big land,
As an Aborigine.
And it's raining on the Rock
What an almighty sight to see,
And I'm wishing and I'm dreaming that you were here
with me.
Senikata
dan melodi lagu irama 'Australian country' nyanyian John Williamson ini
terngiang-ngiang di telinga saya apabila menatap foto di atas. Waktu berada di
sini saya akan berangan-angan sambil menyanyikan lagu ini sewaktu berjalan
memijak di atas batu-batu sepanjang jeram di belakang 'paddock' di
rumah desa. Jauh juga perjalanan ke hujung. Barangkali sekitar 20 minit sehala.
Kami berjalan dengan memakai sepasang 'gum boots'(kasut getah) paras betis
untuk keselamatan kerana ada ular dan haiwan lain dan topi ala 'cowboy' untuk
melindung daripada panas. Tidak ketinggalan juga 'sun block'disapu di wajah dan
tangan untuk melindung dari terbakar panahan matahari.
Memang seronok menyanyi di sini kerana suara akan terlantun dan tiada sesiapa yang berada di sekeliling untuk melihat gelagat kami. Kawasan seluas 20 ekar yang terletak di Rotherwood Rd ini merupakan rumah kedua keluarga saya. Mereka merujuknya sebagai 'property' atau 'country home'.
Dan
ya,seperti senikata lagu di atas, saya impikan 'awak' berada bersama-sama saya
di sini.
Puas saya
berfikir,saya pun tidak ingat siapakah 'awak' di dalam lagu ini yang saya
bayangkan ketika itu.
Jauh di Mata,Dekat di Hati
Di
hari ulangtahun yang ke 18, saya berada jauh di seberang lautan daripada
keluarga dan sahabat handai. Kebiasaannya, apabila di Batu Pahat pun,saya tidak
pernah menyambutnya dengan majlis khas seperti menjemput sahabat handai atau
acara keraian. Selalunya,saya sendiri akan membuat kek coklat yang berlapis
'icing' dan coklat urai resepi keluarga yang telah saya buat sejak berada di
sekolah rendah lagi. Masih lagi saya ingat pada masa kecil dahulu belum ada
alat elektrik yang memudahkan dan mempercepatkan proses memukul mentega dan
telur. Lalu,mentega dipukul dengan garfu dan putih telur yang diasingkan
daripada kuning telur juga akan dienjutkan dengan alat yang dapat
mengembangkannya dan dicampurkan gula halus secara beransur. Sambil itu, proses
membuat coklat icing juga diteruskan dan bersedia untuk disapu dan dihias ke
atas kek yang telah siap dimasak itu. Kek resepi keluarga ini akan saya bawa ke
sekolah untuk dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Selain kek coklat ini, saya juga akan membawa roti celup telur berinti sardin yang arwah Atok Mok saya panggil 'bantal peluk Saloma'. Oh usah tanya saya bagaimana mereka dapat nama itu kerana saya tidak tahu!
Berbalik kepada kisah saya di Sydney pada 12 Februari,pada sebelah malam 'Art Excursion', saya dikunjungi bapa saudara saya, Uncle Pes yang ada urusan di Sydney. Beliau membawakan hadiah dan kad ucapan dari sahabat daripada Batu Pahat. Saya rasa terharu sekali dan kenang sehingga kini. Seperti yang tertera dalam foto di atas,(akan disertakan kemudian) saya mendapat kad ucapan daripada Lala, Mak, Nita,Lin, Zaeinah, Zaeidah, June, Ira, Ida dan Faridah.
Terima kasih untuk ingatan dan menggembirakan saya pada 13 Februari 1990!
Musim Luruh
Setelah
hidup selama 17 tahun dengan iklim
Khatulistiwa panas lembap sepanjang tahun, saya tidak dapat menjangka bagaimana
keadaan pada musim luruh. Yang saya tahu, pada musim itu, daun-daun akan
menguning, perang, coklat dan bersedia untuk meluruhkan segalanya sebagai
persediaan untuk musim dingin.
Ada
daun yang bertukar menjadi kuning dan ada yang menjadi merah. Di waktu
ini,tumbuh-tumbuhan mula mematikan sistem pengeluaran atau produktiviti mereka yang
aktif pada musim panas. Segala warna yang telah terselindung oleh klorofil pada
musim panas kini terserlah sebelum gugur ke bumi. Waktu siang jadi semakin
pendek dan dedaun mendapat isyarat sedia
untuk kedatangan musim dingin. Jangkamasa berpuasa di bulan Ramadan juga
menjadi pendek waktunya.
Ini
mengingatkan saya kepada lagu nyanyian Nat King Cole, ‘the autumn leaves’ yang
selalu didendangkan oleh Abah saya.
‘the autumn leaves drift by the window
The
autumn leaves of red and gold…’
‘Since
you went away the days grow long
And
soon I’ll hear old winter’s song
But
I miss you most of all my darling
When
autumn leaves start to fall’
Oh lamunan saya terhenti dek kedinginan tiupan angin musim luruh. Sewaktu ke sekolah pada pagi bulan Mac itu,saya telah tertipu dengan sinaran matahari yang garang lalu tidak membawa pakaian seragam (baju sejuk) biru tua saya untuk dipakai apabila perlu. Akibatnya sewaktu perjalanan pulang dari sekolah, saya menggigil menahan kesejukan kerana hanya berbaju lengan panjang kain kapas selapis yang sesuai dipakai pada musim panas.
Musim luruh membawa signifikasi perubahan kepada saya. Sambil menikmati keindahan musim ini, saya tidak dapat nafikan keterujaan menyambut musim sejuk bersalji sebaik tamatnya musim luruh pada bulan Jun nanti.
Jimat Waktu Siang
Mungkin
ada padanan yang lebih tepat kepada 'Daylight Saving Time' atau DST.
Saya
terjemahkan dahulu menjadi 'Waktu Jimat Siang'. Suatu keadaan yang tidak
berlaku kepada kita yang tinggal seumur hidup di garisan Khatulistiwa. Itulah
yang berlaku kepada saya yang sepanjang hidup tidak bergerak jauh dari garisan
itu selama 17 tahun lamanya sehinggalah diberikan peluang sebagai duta kecil
Malaysia ke Australia.
Justeru, 12 jam siang dan 12 jam malam dan iklim panas dan lembap sepanjang tahun
adalah sesuatu yang normal.
Apakah 'waktu jimat siang'?
Apakah 'waktu jimat siang'?
Saya
pernah sebut di bab awal tentang betapa awalnya matahari terbit. Seawal jam
5 pagi! Tetapi mulai Ahad pertama pada bulan April,iaitu berakhirnya musim panas
dan bermulanya musim luruh, waktu pun berganjak satu jam pada jam 2 pagi.
Semasa musim panas,mereka mendapat tambahan sejam waktu siang. Dengan waktu
siang yang panjang dan keadaan yang terang, mereka dapat melakukan lebih
aktiviti berbanding pada musim lain. Sudah tentunya dalam musim ini, aktiviti di luar rumah banyak dilakukan. Rutin sebagai gadis desa jadi bertambah mengujakan. Dengan 'straw hat' dan 'gum boots' dan 'sun block', saya akan membantu ibu angkat membuat segala aktiviti di luar rumah hampir sepanjang hari.
Berbalik kepada maklumat tentang 'jimat waktu siang',memandangkan benua Australia itu luas, waktu akan terbahagi kepada beberapa zon menurut kawasan. Saya tinggal di kawasan zon New South Wales dan menurut waktu sebelah timur. (Australian Eastern Time). Tetapi ketetapan ini bukanlah sesuatu yang muktamad. Dalam keadaan tertentu seperti Summer Olympic Games pada 2000 dan Commonwealth
Games pada 2006 mereka memulakan DST lebih awal.
Begitulah, banyak berjalan, luas pandangan.
Berbalik kepada maklumat tentang 'jimat waktu siang',memandangkan benua Australia itu luas, waktu akan terbahagi kepada beberapa zon menurut kawasan. Saya tinggal di kawasan zon New South Wales dan menurut waktu sebelah timur. (Australian Eastern Time). Tetapi ketetapan ini bukanlah sesuatu yang muktamad. Dalam keadaan tertentu seperti Summer Olympic Games pada 2000 dan Commonwealth
Games pada 2006 mereka memulakan DST lebih awal.
Begitulah, banyak berjalan, luas pandangan.
6 Kali Sehari
Pada mulanya, saya tercari-cari air masak untuk diminum. Saya tadah air ke dalam cerek elektrik dan memasaknya dan kemudian selebihnya dibuat minuman. Ibu angkat pelik dengan perlakuan saya. Di sini mereka tidak minum air yang dimasak seperti kita. Ibu angkat akan berkata ‘frog water’. Rupanya air mereka selamat untuk diminum terus dari paip. Tidak perlu dijerang. Tidak pula terasa klorin.
Mereka makan berulang susu sejuk pengganti air. Pada mulanya terasa muak juga apabila minum susu berulangkali menggantikan air masak. Tetapi saya cuba menurut cara mereka. Selain susu, ibu angkat saya adalah penggemar minuman teh. Teh adalah hidangan wajib setiap waktu. Setiap kali selepas makan kami akan minum teh. Sarapan,minum pagi,makan tengahari,minum petang,selepas makan malam dan sebelum tidur.
Ya, 6 kali sehari! Setiap kali kami minum teh dihidangkan bersama ‘chocolate brownies walnut' atau 'caramel slice' atau manisan lain yang dibuat oleh ibu angkat saya sendiri. Kebiasaannya, apabila berada di rumah desa di Razorback, kami akan duduk sambil bersila di anjung ini untuk menikmati teh' Pilihan minuman teh pula bukanlah seperti di Malaysia seperti teh O,teh tarik, teh 'beng' atau teh ais. Ibu angkat saya akan meletakkan satu teko yang telah berisi daun teh yang telah berisi air panas. Di atas dulang, dia letakkan bekas yang berisi gula perang dan susu sejuk segar. Sudu teh juga tersedia untuk mengacau minuman yang menjadi pilihan.
'Strong or weak' bermaksud pekat atau cair. Sekiranya mahu minuman itu pekat, perlulah lama membiarkan daun teh itu terendam dan sekiranya suka minuman yang cair, tidak perlu membiarkan daun teh itu terendam lama. Kemudian, jumlah gula pula dikira dengan anggaran sudu kecil atau sudu teh. Ini bermakna, masing-masing akan berpeluang membuat air sendiri menurut citarasa sendiri dan bukannya telah siap terhidang tanpa pilihan seperti kebiasaan tetamu di Malaysia yang akan menghidangkan apa sahaja dan tetamu juga akan minum apa sahaja yang dihidangkan.
Janggal juga apabila kerap minum teh tetapi saya kira itulah peluang duduk santai berbual mesra berbicara apa sahaja bersama-sama ibu angkat saya.
Aktiviti ini jugalah mempercepatkan lagi proses 'Another Fat Student' bagi saya.
Mata dijamu panorama indah seperti ini sambil menikmati hidangan manisan bersama teh panas.
Nikmatnya!
Mereka makan berulang susu sejuk pengganti air. Pada mulanya terasa muak juga apabila minum susu berulangkali menggantikan air masak. Tetapi saya cuba menurut cara mereka. Selain susu, ibu angkat saya adalah penggemar minuman teh. Teh adalah hidangan wajib setiap waktu. Setiap kali selepas makan kami akan minum teh. Sarapan,minum pagi,makan tengahari,minum petang,selepas makan malam dan sebelum tidur.
Ya, 6 kali sehari! Setiap kali kami minum teh dihidangkan bersama ‘chocolate brownies walnut' atau 'caramel slice' atau manisan lain yang dibuat oleh ibu angkat saya sendiri. Kebiasaannya, apabila berada di rumah desa di Razorback, kami akan duduk sambil bersila di anjung ini untuk menikmati teh' Pilihan minuman teh pula bukanlah seperti di Malaysia seperti teh O,teh tarik, teh 'beng' atau teh ais. Ibu angkat saya akan meletakkan satu teko yang telah berisi daun teh yang telah berisi air panas. Di atas dulang, dia letakkan bekas yang berisi gula perang dan susu sejuk segar. Sudu teh juga tersedia untuk mengacau minuman yang menjadi pilihan.
'Strong or weak' bermaksud pekat atau cair. Sekiranya mahu minuman itu pekat, perlulah lama membiarkan daun teh itu terendam dan sekiranya suka minuman yang cair, tidak perlu membiarkan daun teh itu terendam lama. Kemudian, jumlah gula pula dikira dengan anggaran sudu kecil atau sudu teh. Ini bermakna, masing-masing akan berpeluang membuat air sendiri menurut citarasa sendiri dan bukannya telah siap terhidang tanpa pilihan seperti kebiasaan tetamu di Malaysia yang akan menghidangkan apa sahaja dan tetamu juga akan minum apa sahaja yang dihidangkan.
Janggal juga apabila kerap minum teh tetapi saya kira itulah peluang duduk santai berbual mesra berbicara apa sahaja bersama-sama ibu angkat saya.
Aktiviti ini jugalah mempercepatkan lagi proses 'Another Fat Student' bagi saya.
Mata dijamu panorama indah seperti ini sambil menikmati hidangan manisan bersama teh panas.
Nikmatnya!
Subscribe to:
Posts (Atom)