Rasa
bersalah mengalir seiring rasa bisa pada seluruh badan. Bisa yang menular
akibat memikirkan keputusan saya untuk tetap ke Nowra walaupun setelah
mengetahui Kim Brown sedang sakit cengkering. Tiada rasa bimbang akan
dijangkiti dan mengakibatkan orang lain dijangkiti. Adik-adik angkat saya turut
mengalaminya. Paling teruk,yang kecil berusia 3 tahun, Humza yang suhunya naik
setinggi 39 Celcius. Saya turut menemaninya di tengah malam apabila dia
mengaduh kesakitan. Hujung minggu yang biasa terisi dengan aktiviti di rumah
desa tidak saya turutserta. Sampaikan ke dalam tekak saya juga ada gelembung
cengkering itu. Saya tiada selera makan. Tiada ubat atau pantang larang tidak
boleh menggoreng atau terkena air. Ayah angkat saya,seorang doktor memberikan
sebotol losyen 'camomile' untuk meredakan rengsa. Masih tidak memadai. Segala
pakaian saya dicuci berasingan. Tandas juga diasingkan. Saya hanya duduk di
dalam bilik, dikuarantin. Terasa lemah sekali!
16 Julai
sesi persekolahan bermula kembali namun saya masih perlu dicutikan akibat
cengkering yang belum reda. Hari-hari 'cuti' saya terisi dengan kerja kursus
yang perlu di lengkapkan sebagai sebahagian keperluan subjek HSC. Paling
mengujakan adalah saat saya mewarnakan bahagian bunga-bunga liar Australia di
bahagian bawah 'mata' lukisan saya itu. Saya tumpahkan segala rasa yang
mengalir melalui warna akrilik di atas kanvas berukuran 1 meter persegi itu.
Ada bulatan dan pusaran di sekeliling bunga-bungaan. Ada ikan lumba-lumba,ada
kapal layar,ada rumah bata, ada peta Malaysia dan peta Australia yang
menunjukkan lokasi spesifik arah Batu Pahat ke Sydney. Ah, ianya lukisan dari
hati!
30 Julai
Mrs Falconer,guru seni visual kesayangan saya yang tinggal berdekatan,iaitu di
Menai,datang ke rumah membawakan kerja sekolah dan nota-nota yang saya
perlukan. Beliau juga turut melihat perkembangan 'art major work'(kerja seni
utama) saya dan menyatakan rasa berpuashati dengan apa yang dilihatnya.
Pada 7
Ogos 1990, 'I' on Australia, tajuk lukisan saya itu siap dibungkus untuk
dinilai. Alhamdulilah,lukisan ini dipamerkan di Wespac Bank di tengah bandar
Sydney. Lukisan ini terlalu tinggi nilai sentimentalnya bagi saya. Saya mohon
dibawa pulang ke Malaysia. Masih ada dalam simpanan walau sedikit tercemar dek
banjir besar di Segamat tahun 2011.
Ya,hikmahnya
sakit,saya dapat hasilkan sesuatu. Seperti juga terhasilnya penulisan ini!
No comments:
Post a Comment