Dua musim
telah berlalu. Musim panas. Musim luruh. Tiada lagi hijau segar atau coklat
kuning dan perang. Putih semuanya. Musim dingin yang ditunggu-tunggu kini
menyusul. Segala yang pernah saya lihat di kaca TV,kini berada di hadapan mata
pada tanggal 1 Julai 1990. Berpijak di gunung bersalju. Snowy Mountains
namanya. Persis. Kedinginan menusuk yang menceriakan hati!
Skitube
berwarna merah putih menjadi kenderaan kami ke kawasan stesen Bullocks Flat,
Perisher Valley dan Mt Blue Cow. Ya,seperti di foto di atas.
Di bawah
lapisan baju biru itu ada 3 lapisan lagi. Saya tetap gigil tahan dingin ke
tulang. Sukarnya untuk berjalan di atas salji dengan sepasang kasut sukan
biasa. Terbenam apabila memijak dan tertahan apabila mahu maju ke hadapan.
Puluhan pasang kayu papan ski terpacak berderetan.
Saya
memasang tekad. Saat itu mungkin yang pertama tapi bukanlah yang terakhir! Saya
mahu jadi seperti mereka di hadapan mata-meluncur laju dari pergunungan yang
tinggi seorang diri. Bukan setakat duduk di kerusi lif bergerak itu dan menikmati
pemandangan indah dan menggigil mengetap bibir sahaja.
Ya,satu
hari nanti. Saya mahu datang lagi! Bilakah agaknya?
No comments:
Post a Comment