Selain
belajar menunggang kuda dan menguruskannya, ada satu lagi tugasan yang
mencabar. Cuba lihat gambar di atas.(akan disertakan kelak). Bayangkan keluasannya. Saya perlu mengejar
seekor lembu untuk ditambat. Ketika mengejar lembu itu, saya perlu menaiki
bukit. Ya,dari bawah padang yang lapang itu ke atas bukit. Mula-mula saya
bergerak perlahan-lahan di belakang lembu itu. Bila saya percepatkan langkah,
ia pun gerak pantas juga. Di tangan saya sudah tersedia seutas tali yang sudah
siap diikat tinggal menunggu waktu untuk mencerut leher lembu itu. Lama juga
saya bermain kejar-kejar dengan lembu itu. Pada satu ketika,saya rasa saya amat
hampir dengan ekor lembu itu,saya pun memegang erat ekornya. Tetapi ia
bertambah laju dan menarik saya ke atas bersama-sama dalam keadaan tangan saya
sedang memegang ekor lembu itu. Kemudian, kami semua ketawa dan saya pun
terlepaslah ekor lembu itu. Kasihan lembu itu. Eh, kasihan saya juga!
Lembu
itu dilepaskan supaya dapat meragut rumput di kawasan padang di gambar ini.
Kemudian, setelah ditangkap, sesi memerah susu pula. Oh mudah sahaja,pada
pandangan kasar. Cuba buat! Setelah dikurung di dalam kandang dan diikat,saya
pun meletakkan sebuah bangku kecil di sisi lembu. Ibu angkat saya pun
menunjukkan caranya. Oh bukanlah mudah rupanya. Agak lama juga untuk memenuhkan
satu botol. Kemudian saya diajar teknik yang betul, barulah cepat sedikit
penuh!
Tiba-tiba
saya teringat peribahasa Melayu, "lembu punya susu,sapi dapat nama".
Kini
saya faham dan rasa. Penat!
No comments:
Post a Comment