Kenangan
menyentuh salji kali pertama masih beku di ingatan. Belum dapat dicairkan walau
berpindah ke tempat lain.
Tanggal 3
Julai kembali ke Nowra semula apabila kedua ibubapa angkat perlu menyambung
rutin harian bekerja. Ibu angkat saya bekerja di Nowra Fair,di KMart lebih
spesifik lagi. Saya berpeluang menjejak kaki ke bandar lagi dan pondok telefon
memanggil-manggil lagi di saat saya menapak sendirian. Jam 12 lebih saya
hubungi sahabat baik saya Ruznita Rahmat,kemudian berjalan-jalan lagi dan bagai
magnet,pondok telefon itu menarik saya lagi. Kini saya menghubungi seorang lagi
sahabat,Nazlin Tamat dan juga emak saya. Rindu terubat sedikit!
Hari
berikutnya,Kim meluangkan waktu membawa saya menonton wayang, Pretty Woman
lakonan Richard Gere dan Julia Roberts. Nyanyian Roxette 'It Must've Been Love'
begitu menjentik jiwa yang pernah terguris.
...Lay a
whisper on my pillow,leave the winter on the ground. I wake up lonely, there's
air of silence in the bedroom and all around...
...It
must have been love but it's over now. It must have been good but I lost it
somehow...
...Make-believing
we're together, that I'm sheltered by your heart. But in and outside I've
turned to water like a teardrop in your palm. And it's a hard winter's day, I
dream away...
Apatah
lagi saat itu memang sedang musim dingin. Oh kenangan...
5 Julai
saya ke Green Patch dan Jervis Bay. Nampak ikan lumba-lumba dari kejauhan,dari
dalam kereta.
Lawatan
ke Nowra Animal Park pada 6 Julai adalah sesuatu yang tidak patut tertinggal
apabila berada di negara ini. Bukanlah saya tidak pernah nampak kanggaru
sebelum ini. Namun kebiasaannya,yang liar dan muncul sekali sekala ketika rutin
hujung minggu dalam perjalanan pergi balik rumah desa di Razorback. Di taman
haiwan ini, kanggaru jinak ini melompat-lompat ke arah saya dan berada di
sekeliling saya seperti di dalam foto ini. Malah,dengan mudahnya saya dapat
menyentuh dan mereka tidak melarikan diri!
9:15am, 7
Julai saya perlu meninggalkan Nowra dan kembali ke rumah desa memandangkan cuti
sekolah masih belum berakhir.
Minggu
seterusnya saya dapat bertemu seorang rakan sejak di sekolah rendah. Dia datang
ke rumah desa. Siapakah dia?
4 comments:
Assalamualaikum , I was googling for an old friend Nazlin Tamat and stumbled upon your blog with your mention. It suddenly felt as if I knew you :-) curiously may I ask if you were in school at TMS batu Pahat with nazlin? I am Zarina Amin by the way and was a TMSian fromStd 1 to Std 5 and friends with Nazlin. Probably you too . Thanks :-)
Waalaikummussalam,
Hati tergerak nak jengah blog walaupun sebenarnya dah mengantuk tapi rasa segar bila baca ada komen dari kawan TMS. Memang saya di TMS sejak darjah 1 sampai 6. Nama Zarina pun 'familiar' dan dapat bayangkan muka,kalau betul...lah.Nazlin memang saya masih hubungi sampai sekarang. Ada juga jumpa. Terakhir ada jumpa masa raya. Tapi ada kadang-kadang SMS. Kalau nak,nanti saya boleh bagi emel & telefon. Seronoknya, melalui blog saya,dapat jumpa beberapa kawan lama. 7 tahun lalu,Siti Aminah pun ada 'tersesat' di blog saya. Zarina Ithnin pun sama. Jumpa blog saya. Semuanya dah jumpa bersemuka.
Minggu lepas saya ada jumpa Miss Chua Meow Ching di rumah Makcik.
Keep in touch!
Zarina...Zarina...(shouting with excitement)upon reading your blog,got to know that you are 'PhDing' too.
Segala puji bagi Allah yang menemukan kita di sini. Pasti ada hikmah tersembunyi.
Assalamualaikum Nazatulshima!! Bila saya jenguk your blog memang you are my friend in school..!! Alhamdulillah syukur kepada Allah menemukan kita di sini. I am really happy to meet my old friends from TMS, kira you firstlah. How are your studies? Saya doakan everything will run smoothly for you in shaa Allah. Dekat mana Nazatulshima study ? Do keep in touch ok. In shaa Allah I will too. do add me on FB Zarina Amin ok?
Assalamualaikum. May Allah swt bless you and family.
Post a Comment